Monday, October 5, 2009

selamat datang sayang


kalian...
seingat aku, dari kali pertama aku layan lagu raya hattan, selamat datang sayang sekitar tahun 2000, aku sudah mula jatuh cinta dengan melodi dan senikata lagu itu. aku tak tahu kenapa, nak aku kaitkan lagu hattan dengan hidup aku masa tu, rasanya tiada kaitan

lepas jumpa azreen, dan kami sambut raya masa-masa berkasih, bertunang dan berumah tangga, dia pun gemar dengan mamat hattan tu
selalulah jadi lagu wajib azreen kalau buat show dengan the brick (kugiran polis ipd brickfield) n bkt aman. akulah jadi sumber cd diorang

tapi kali ini, tahun ini, lagu selamat datang sayang memang melekat dengan aku. mula sahaja bulan puasa, aku guna lagu tu jadi ring tone fone aku. aku suka sebab doktor kata baby expected due masih dalam bulan syawal

yang buat aku tambah terharu, alveena lahir betul-betul hari raya, 1 syawal 1430 hijrah
lagu selamat datang sayang akan kekal abadi jadi lagu alveena dan favorite aku dan azreen, asyraf jua

kudedikasikan lagu ini buat alveena, seorang puteri cilik yang berkongsi cahaya aidil fitri bersama ibunya, ayah serta seluruh keluarga tercinta:
.
.
.
Selamat datang sayang
Berlabuh ke pangkuan
Di pintu hatiku telah lama menunggumu

Selamat tiba sayang
Di hari yang gemilang
Kau telah ringankan satu beban penantian

Bersama kebesaran hari yang indah
Datangmu bagai satu hadiah

Selamat datang sayang
Bersama sejahtera
Mengisi halaman yang terbiar kesunyian

Bersyukur menerima segalanya
Menadah dengan hati yang terbuka
Di hari indah ini tiada lagi sepi
Riangku tak terperi melihat kau di sisi

Di hari mulia kau datang membawa
Sebuah kedamaian di singgahsana
Pintu hatiku terbuka memberi dan menerima
Akulah seadanya tiada pernah berbeza
Selamat datang sayang aku ucapkan…

Selamat pulang sayang berlabuh ke pangkuan
Kau telah meringankan satu beban penantian
Selamat datang sayang aku ucapkan….

(selamat datang sayang, berlabuhlah kepangkuan sebelum kembara hakikimu bermula esok hari. matahari dan bulan menanti sebagai bekal cahaya buatmu)

keibuanku berdetik

kalau kepada kekasih atau suami
bezanya mungkin terasa
untuk kekasih pertama, kedua atau ketiga
begitu juga kalau bersuami, untuk yang pertama, kedua atau ketiga

mungkin, rasa kasih untuk mereka ada bezanya
mungkin ada jurang yang ketara
tapi aku bukan yang arif
aku tak berkekasih selain dia
kerana aku tak punya suami kedua atau ketiga
yang ada hanyalah suamiku....harap tiada yang kedua
dan ketiga jauh sekali

rasa yang aku depani hari ini
sama seperti rasa yang aku simpan di album jiwa
tiada beza tiada jurang
rasa punya anak kedua
rasa punya anak pertama
tiada pernah berbeza
itu perasaan yang sedang aku dalami

rasa hati seorang ibu
ya, seorang ibu
hanya seorang ibu yang punya rasa keibuan sejati
dan aku sedang bertatih menjalani rasa itu
rasa yang menentang jauh-jauh membezakan kasih untuk dua cahaya

cahaya pertama telah menerangi dan menyuluh kelamku
cahaya kedua membawa sirna yang membahagiakan
kalian dua cahaya hidupku
kalian penyambung nafas peniup semangat
kaulah matahari kaulah bulan
pelengkap semesta di hati bonda!

Monday, September 28, 2009

cahaya aidil fitri

kalian...
panjang dan mungkin berbunyi sedikit cemas
jika setiap saat di 1 syawal 1430 hijrah yang aku satu-persatukan
aku juga tidak punya banyak masa untuk berperi di laman ini
buat masa ini aku perlu banyak rehat
rehat minda, fizikal batin dan zahir

cuma pada 1 syawal lalu
aku mengulangi mimpi indah ibuku 32 tahun yang lalu
bezanya hanyalah sinar mentari
jika aku inginkan nafas pagi 1 syawal
dia puteriku, menyedut nafas pertamanya ketika mentari membenamkan cahaya
kami anak 1 syawal
mungkin biasa bagi orang lain
tapi ia anugerah buatku

selaut kasih segunung cinta
masih belum terusik kusimpan buatmu
untuk si putera yang sedang mengenal dunia
telahku wasiatkan seluruh jiwa raga ini
untuk menampung hidup hari depan
untuk kalian berdua
putera puteriku

(cuma setakat ini ilhamku datang, mahu baring rehatkan diri, mahu lelapkan segala penat dan resah lewat 9 bulan yang sangat berbekas)

Saturday, September 12, 2009

bosan kerja atau bosan dengan kerja...

aku dah bosan
bosan kerja, bukan bosan dengan kerja
bincang sama teman, kata mereka: ambillah cuti pergilah melancong
laburkan sedikit RM berketul
dalam beg atau dalam buku bank

aku jawab
mana ada berketul-ketul
setiap hari sudah dilaburkan
jadi asap sepanjang jalan ke lokasi kerja
jadi tukaran untuk makan-minum
serta dihabiskan untuk jamuan mata di Mid Valley
hahahaha...tetap Mid Valley yang salah akhirnya

sungguh aku sungguh bosan
bosan yang tiada penawarnya
bukankah kerja itu satu tuntutan selepas setiap daripada kita semua menghabiskan berbelas tahun di bangku sekolah

aku anggap itu ayat penyedap hati...
juga frasa penawar bosan

kadang-kadang kerja ini buatkan aku jadi bosan
aku bosan kerja begini
mahu tukar profesion?
itu keputusan paling besar
mampukah aku bertahan dengan kerja baru
kerja bagaimana agaknya
tak tercapai akal fikirkan soalan itu

upss...time up
masih ada kerja yang harus aku sudahkan
kerja memang tak pernah selesai!

Friday, September 11, 2009

semangat vs kemampuan

dulu, saat kemampuan masih bergegar
aku selalu hilang semangat, lemah dan malas

sekarang ketika kemampuan semakin hari semakin lemah
aku masih dan sedang bersemangat
itu bagus kerana manusia boleh mati bila semangat sudah tiada
aku masih dalam kategori selamat
kerana belum mati semangat
kerana tidak putus berharap

Wednesday, September 9, 2009

9.09.2009

9 hb 9 2009
cantik tarikh hari ini
tapi pada aku
ada apa pada tarikh yang cantik ini
hari ini, aku ke SJMC untuk regulary weekly check up
minggu ini genap 37 minggu
rupa-rupanya...aku ingat dah 38 week

makna 37 minggu
aku masih ada peluang 3 minggu lagi
sebelum berstatus ibu anak dua
fuh...besar tanggungjawab menanti

rasa sayang kat baby dalam rahim makin menebal
selama ini bersatu, lepas ni dia akan keluar tengok dunia
lepas dua bulan dah terpaksa ditinggal-tinggal
macam-macam lagi akan berlaku

tadi masa check up, aku tanya puan doktor delaila
'dr, sempat raya tak saya ni'
dr delaila cakap 'hope-hopelah'
tapi baby u dah enggage, cuma tak proper je lagi
sempat, as long u hati-hati, tambah dr.
aku senyum dan angguk

aku bukan nak raya sangat
tapi tak nak ganggu mood raya asyraf yang dah pandai nyanyi lagu raya
har--hari asyik tanya bila nak balik kampung
nak pakai baju raya
dan tanya mana kasut raya dia
itu baru umur 2 tahun 9 bulan
what everlah asyraf!

paling aku takut
masa tunggu result genital swap
kata dr, 'kalau result kata ada problem, baby u takkan boleh bernafas after 12 hour deliver'
sounds bad...
scary okey
nasib baik tak ada apa-apa problem...kalau tak....
subhanallah, mintak simpang malaikat 44

harap betul ramalan dr. lepas raya harapnya
next week check up lagi, after that dr. kata dia akan beri mc kat aku
so boleh rest terus sampai raya

pesan dr. 'if your contraction is heavy, u come to see me. be carefull.'
aku, cuba senyum untuk rasakan sedikit kelegaan
hope u are right!

Monday, September 7, 2009

dingin

hari-hari ceria ada masanya bertukar. menjadi hari dingin. aku juga pernah merasa begitu. dan dingin hari aku kerana semalam dan hari ini aku masih dan sedang berdingin dengan lelaki bernama suami

memang dingin, itu cara kami
nak kata bergaduh tidak
tapi tidak bercakap
maka dinginlah

nak tahu apa puncanya
kelakarlah
tersalah order pizza pun boleh dingin ke?

dan Mariam Johari pun meninggal dunia...

kalian juga tahu, aku kira semua orang tahu...

hari ini aku baca artikel pasal Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, akhirnya meninggal dunia, sabtu lalu.

tak sempat dia nak beraya ngan anak cucu di malaysia tahun ini. itu hajatnya yang tak kesampaian.

dalam satu wasiat yang ditinggalkan, kononnyalah, mariam itu mahu dikebumikan secara kristian. aku terdiam, terfikir sesuatu.

aku tanyakan seorang kawan, kenapa ek? dia (mariam) nak dikebumikan secara kristian, padahal asalnya dilahirkan sebagai seorang muslim?

kata kawan aku tuh, sebab dia sendiri dah tak amalkan cara hidup Islam sekian lama, cakap melayu pun dah lupa, kat sanapun mana ada orang Islam.

aku pulak kata, 'kan'. jadi, kalau anak Islam itu dah tak mengamalkan cara hidup Islam, bolehlah dia mintak dikebumikan cara agama lain gamaknya, tak tahulah.

tapi aku percaya, mariam telah lalui perjalanan yang sukar selama ini. pastinya jiwanya jadi kering dan pernah hilang pedoman gara-gara takdirnya begitu. aku juga percaya kecantikan paras rupanya di zaman muda antara penyebab kenapa dia tidak mati secara kejam sebaliknya dibawa sampai ke korea untuk menyambung hidup di sana. oohh, tidak. pasti hanya air mata yang memadamkan ingatan mariam terhadap anak-anak di malaysia.

dalam hati aku kata: "takdir mariam, mati sebagai kristian." (macam sama je dengan headline kosmo!, 'takdir yasmin, mati sebagai wanita')

Wallahuaklambisswab...hanya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
siapa kita semua untuk membuat segala penghakiman kan...

Saturday, August 29, 2009

musim bunga api dan mercun...

semalam kawan aku cakap
member kitorang yang selalu ado stok bunga api dan mercun ada telefon
dia kata, tahun ni, stok baik punyee...

aku kata, tak payah tak kuasa nak ambil order dan nak antar barang, tak larat dan tak dak masa

nak shopping pun malas ni kan pulak nak berniaga
benda 'haram' lak tu
korang buatlah sebab korang ada banyak masa dan tenaga

berniagalah janji boleh buat duit
duit raya setahun sekali
tak gitu
bukannya duit tu nanti duit haram
cuma undang-undang yang kata jual mercun tu salah

aku cuma teringakan abang aku
masa kecik--kecik dulu
aku selalu jadi mangsa teman dia cari buluh
untuk buat meriam buluh

seronoknye dulu....

Friday, August 28, 2009

ah....dah tak larat

kalian, apabila wanita hamil telah melepasi minggu ke-35
langkah dan geraknya kelihatan berhati-hati. ya, berhati-hati itu satu daripada perkara wajib. tapi kelihatan berhati-hati itu ada banyak sebab

kalian yang mahu tahu, teruskanlah membaca entry ini
sebagai pemilik diri yang sedang melalui situasi itu, ingin aku kongsi sedikit rasa.

apabila melepasi minggu ke-35, tulang belakang wanita hamil akan lentur ke depan menjadikan badannya sedikit tersorong-sorong
pergelangan kakinya mula lemah bukan kerana tulangnya lembik, tapi kerana menahan beban badan yang bertambah berat

lebih menyeksakan lagi, saraf dan urat di sekitar pangkal paha mula tegang dan seakan kejang bila duduk, berdiri atau berjalan terlalu lama
tidur yang lama juga akan mendatangkan mudarat yang hampir sama
kesukaran untuk tidur lena juga menyebabkan keletihan jadi berganda.

tapi kalian kena tahu, setiap kehamilan dan setiap wanita yang akan mengalami situasi yang berbeza-beza
semuanya bergantung kepada cara hidup, pembawaan diri, pemakanan serta jenis pekerjaan yang dilakukan.

kalau wartawan, aku tahu bagaimana rasa peritnya
semalam, hampir dua jam aku kesejukan dan tersangkut dalam kesesakan jalan yang teruk di jalan tun razak. aku menuju ke may tower yang terletak di celah-celah KL, aku redah dan bertahan walaupun hati dan perasaan bagai nak runtuh

melalui fasa begini, hendak bangun, duduk atau baring juga satu masalah
untuk keselesaan insan yang sedang berkongsi nafas ada masanya nafas si ibu yang tersekat-sekat. perut pula bukan sahaja semakin membuncit bahkan semakin memberat

kalian tahu, sebenarnya rasa itu sedang dikongsi bersama
cuma dalam ruang dan rasa yang berbeza
di dalam rahim, si kecil sudah kehabisan ruang untuk diterokai
dunianya gelap dan semakin sempit. setiap masa dia berperang dengan kesempitan ruang rahim yang ketat, yang menyekat pergerakan tubuh kerdilnya
bayangkan betapa sukar hidup terkurung dan terperangkap di dalam sana

dulu dia boleh melepas lenguh dan menendang dinding rahim sesuka hati
kini aktiviti itu semakin berkurang
dia lebih selesa mendakap tubuhnya, menanti detik untuk keluar bila-bila masa
sama seperti ibunya...

kalian
sekejap sahaja lagi, akan terbentang sebuah jalan baru
untuk si ibu dan wanita itu
untuk si kecil dan insan baru
menyedut dan bernafas dalam ruang yang lebih luas, lebih segar
namun tetap ada sekatan tertentu...

nota jari kiri aku: aku bersyukur sebab tak perlu berehat di katil hospital.

Tuesday, August 25, 2009

ragam buka puasa...

macam-macam halkan...
usahkan dunia, ini yang selalu depan dan dah jadi kelaziman dalam bidang media pun masih boleh berlaku kerenah tak berapa cerdik. adakah patut buat majlis untuk promosi filem tapi seorang pun orang filem itu atau krew, pelakon dan pengarah jauh sekali tak nampak batang hidung dalam majlis yang dianjurkan.

aku pula, daripada boleh berbuka puasa dengan suami dan layan anak makan bersama boleh tiba-tiba baik hati buat keputusan nak jenguk majlis berkenaan. maklumlah tengah kontang, bukan kontang poket tapi kontang artikel. aku fikir bolehlah aku buat apa yang patut, tangkap mana-mana yang berkenaan untuk dikorek apa ceriter.

kisahnya, haram! hanya poster dan press release sahaja yang ada. si penerbit dan penganjur majlis tak pandai nak komen apa-apa.

'kalau u ouls nak buat wawancara, i kasi u ouls no penerbit atau pengarah filem berkenaan', katanya penuh hemah.

kami angguk dan buat biasa-biasa sahaja. ada seorang artis, sharifah haslinda pula, okay bila nak diinterview tapi tak ready untuk diambil gambar. 'saya selekeh' katanya.

nasib baik, ada idea hencap-menghencap berlaku di sana. kalau tidak, betapa bosannya makan tanpa perasaan. usahkan seorang wartawan junior yang menjadi mangsa dalam diam, clara dan syazwani jua yang tiada kaitan terbabit sama.

habis, apa nak buat. pukul 9 malam, kami cau! aku, zul, jedi dan shaz anggap esement lembing awang pulang ke dayang petang tadi sebagai majlis buka puasa amal jariah. 29 ogos nanti baru betul-betul majlis bersama orang filem berkenaan. tengoklah. 29 nanti hari sabtu, malas nak layan benda-benda berupa kerja apabila hari cuti.

kami ketawa sambil berlenggang ke kereta pulang tanpa beban artikel....

nota jari kiri: ada masanya kami orang media ni macam pak turut, diminta datang, datanglah! diminta pergi, pergilah! susah bila ada pihak yang tak faham kerja orang lain kan. saya tak marah puan, encik. niat kalian baik, tapi niat kami yang tak kesampaian...

Monday, August 24, 2009

lagu raya, biskut raya dan duit raya...

baru tiga hari puasa, kepala dah ligat fikir pasal baju raya, biskut raya dan duit raya yang bakal dilaburkan buat anak-anak buah dan budak-budak yang datang ke rumah berhari raya.

tiba-tiba aku realistik, berayakah aku tahun ini? aku mohon kepada Yang Kuasa, harap aku sempat beraya juga sebelum bertapa 45 hari sekali lagi.

baju asyraf dah beli, baju papa dan baju sendiri belum lagi, tak tahu sebenarnya fesyen apa yang fix lagi dengan tubuh bersaiz begini. masuk kali ini, ini kali kedua aku beraya dengan perut kembung. nasib badan demi masa depan. aku reda je.

biskut raya, belum terfikir nak beli jenis apa. lepas tu nak kena agihkan kat beberapa buah rumah - rumah ibunda kat kg, rumah mertua, rumah sendiri dan rumah mak su. kalau ada rezeki lebih, boleh juga bagi kakak kat bukit beruntung. itu wajib dan kelaziman aku setiap tahun.

duit raya - nampaknya tahun ini kena siapkan masuk dalam sampul awal-awal, takpun masukkan je dalam akaun ibunda dan adik kat kg. untuk anak-anak buah, tak tahulah, kalau mereka datang rumah aku, dapatlah dihulurkan, kalau tak, tak tahulah. rasanya raya nanti aku dah larat nak berjalan jauh.

lagu raya - semalam aku teringatkan satu lagu. selamat datang sayang nyanyian hattan. aku suka lagu itu.

Saturday, August 22, 2009

1 ramadan 1430 hijrah

dinihari 1 ramadan 1430 hijrah
aku bangun dari tidur saat dikejutkan suami...
dinihari pagi ini, sekali lagi kami diberi peluang bersahur
hanya kami berdua...
asyraf masih lena tidak minta diganggu
masih terlalu dangkal untuk tahu makna puasa dan ramadan

dinihari 1 ramadan 1430 hijrah
aku teringatkan saat kecilku di kampung
dulu, cukup sayang hendak bangkit dari tidur
waima untuk makan tanpa perlu memasak sendiri
sayangnya hendak menyimbah air sejuk dari telaga ke muka
sebab sejuknya menusuk ke tulang belulang

dinihari 1 ramadan 1430 hijrah
aku teringatkan ibu
di kampung, hanya adik-adik sebagai peneman sahurnya pagi ini
ini ramadan pertama buat ibu, adik-adik dan kami sekeluarga
puasa dan sahur tanpa kelibat ayah...
pasti kekok buat ibu
pasti kekok buat ain dan apik
di usia mereka, aku tidak pernah puasa dan sahur tanpa ayah

mungkinkah esok atau ramadan akan datang...
aku hilang kata-kata
cukuplah setakat ini...
lamunanku terhenti
sempurnakah ramadanku tahun ini?

Monday, August 10, 2009

aidilfitri tahun ini...

masa makan adalah masa lepak bersama kawan-kawan, masa itulah kami (geng pengembaraan wartawan) berbual-bual tanpa had berita, ada berita rakyat, berita panas serta berita dari gedung berita sendiri. aku, biasalah, bukan setakat berita luar lambat masuk ke otak, berita dari gedung sendiripun, kadang-kadang, akulah orang terakhir yang tahu, itupun hasil bicara tak sengaja di luar kantor bersama rakan-rakan.

tadi, aku berbual juga. tapi tadi tercakap tentang raya. raya puasa tahun ini kata atikah akan jatuh pada 22 september sebab kita start puasa 22 ogos.
akmar pula mengiakan. sedang aku pula menconggak-conggak, lembab. fikirku, raya tahun ini jatuh pada 20 september. kenapa pula diorang kata 22.

aku masuk ofis, belek-belek buku merah. iyelah, raya 20 september sebab 1 syawal jatuh pada 20 september, itu yang tercatat dalam buku merahlah, buku jadual kitorang.

mana satu ni...pandai je budak-budak ni buat hujah sendiri sampai aku yang jadi keliru.

bukan aku sengaja kecoh pasal tarikh raya...tapi tarikh raya tahun ini ada makna yang besar dalam hidup aku. bukan aku seorang tapi aku bersama orang baru yang bakal melihat dunia tidak lama lagi. aku secara peribadi, tidak gentar jika 1 syawal ini yang menjadi detiknya. kita pasti akan berkongsi satu rasa. tapi aku tahu, itu hari gembira semua orang dan aku tak mahu menjadi beban jika menyusahkan banyak orang di hari bahagia itu nanti.

selamat datang sayang...pilihlah masa, detik serta waktu yang telah disuratkan kepadamu. aku menanti penuh sukma rindu

Wednesday, August 5, 2009

aku, H1N1 dan SJMC...

hari ini aku ke Sime Darby Medical Centre (former name - SJMC). as ussual, ini minggu ke-32 untuk baby yang masih berkongsi zat dalam tubuhku. suasana di SJMC macam biasa, sibuknya sampai valet parking yang kenakan bayaran RM10 sekali parking pun penuh. parking biasa pun full. aku buat satu pusingan, at last, akhirnya rezeki ibu, aku dapat parking at valet parking. walaupun bergeseran dan bibir viva ku bercium dengan divider, aku belasah je, janji dapat parking.

masuk je, ramai manusia bertopeng di sana-sini. dalam hati, aku cakap, ini gejala H1N1. Masa check up, nurse tanya aku, kenapa awak tak pakai mask, awak kan ada flu dan batuk-batuk, bahaya nanti lagi cepat terdedah.

aku tanya, kat sini ada tak kes H1N1, dia angguk dan kata 'ya'. katanya, sebelum ini, polisi SJMC tak ambil patient H1N1, tapi bila goverment keluarkan arahan, every swasta medical centre wajib terima patient H1N1, mereka kena terima. dengan muka tak setuju, nurse tu sambung, daripada kumpulkan dan kuarantinkan kat satu satu tempat, sekarang semua hospital ada patient H1N1, risiko kepada lebih ramai orang. mereka tak fikir ke? getus nurse tu lagi.

aku fikir, ada betul juga kata nurse bangsa india itu. tiba-tiba rasa ngeri, aku selamba je makan kat kafe SJMC tu, siap shop kat farmasi lagi. nauzubillah!

aku pula, berat cuma naik 100 gram...doktor aku, doktor delaila sempat ketawa dan kata aku lucu sebab tak naik berat, tapi baby ok. baby naik 200 gram dari 1.6 kg sekarang dah 1.8 kg. oklah, doktor kata ok sebab baby tak besar sangat nanti.

lucu pula bila seorang doktor petua orang-orang tua tadi. dia kata, kalau nak hilangkan batuk dan kahak, cuba ambil bunga buah belimbing batu, rendam dalam air suam then campur seketul/dua ketul gula batu, dan biarkan berembun semalaman, then minum, insya allah!

macam bomoh pula, doc delaila gelak dan ketawa dengan petua yang dia sendiri cakap. aku pun ketawa sambil fikir, doc zaman moden pun percaya petua/ubat tradisional, bagus doc tu.

aku fikir, mana aku nak dapat bunga belimbing batu, gula batu ok lah. then nak kena embunkan, nak letak kat mana, rumah aku tingkat 13. mana nak dapat embun.

dari pukul 12.30 akhirnya pukul 4.30 semua urusan selesai, lepas mabil ubat, aku terus balik, bukan rumah tapi ke ofis, banyak kerja menunggu, itu yang penuh dalam kepala otak aku.

sampai ofis, tengok muka bos, second bos, feri dan opie. semua nampak ok je. aku buat-buat rajin, terus buat kerja termasuklah update status FB, buat artikel klik2 jumaat dan updated blog ni sikit. otak blurlah, flu, hidung tersumbat, batuk, semua tu buat aku loya nak buat kerja.

malam, ada invitation from pr mutiara hotel kl, paksa join food review for ramadan, nasib baik aku berjaya paksa budak rencana untuk coverina, kalau tak buat malu je, apa aku nak propa nanti.

gurindam rindu

indahnya zaman bercinta di alam berkasih-kasihan
tapi nikmat lagi berkasih-kasihan di alam perkahwinan
itu perasaan yang tiba-tiba menyelit
namun ada penafian dan penolakan dalam diri

aku rindu dan mahukan kedua-duanya...
tapi rasionallah dengan erti sebuah kehidupan
ada masanya kita gembira dan ada masanya kita sedih
tidak semestinya kerana berjaya atau gagalnya sebuah hubungan

aku cuma mahu keberkekalan keredaan Ilahi...
mahukan rahmat dariNya buat kami
yang bakal punya seorang lagi insan baru
yang bakal tempuh satu lagi fasa kehidupan

buat anakku yang bakal lahir
ibumu ini bukanlah yang terbaik di dunia
tapi tekadnya, engkaulah anakku yang bakal aku gelar puteri
segeralah datang sayang...
aku rindukan mukjizat itu!

Thursday, July 30, 2009

huh...ikutkan hati

lewat hari ini, mahu sahaja aku ikutkan kata hati. kata hatiku, berhenti sahaja dan tenangkan diri dengan kerja-kerja rumah, jaga anak, jaga makan-pakai suami, itu lebih afdal daripada seharian di tempat kerja, pulang ke rumah dengan kepala tension, marah anak dan hempaskan barang lepaskan kemarahan.

huh...kalau berhenti kerja, memang makan-minum, tempat tinggal dan pakaian aku anak-beranak tidak akan kekeringan tapi mungkin berkurangan daripada apa yang biasa aku peroleh.

namun, memikirkan hati yang selalu sakit, kepala yang jarang berehat dari memikirkan soal kerja, aku tertekan. mahu sahaja aku menjerit tapi siapa yang mahu mendengar.

aku naik benci bila terpaksa terus menunaikan kehendak orang lain, kehendak yang bertentangan dengan prinsip serta fokus penulisan aku. kalau aku mahu jadi penulis kisah cinta, sudah lama aku tulis novel. aku mahu jadi penulis hiburan, penulis industri hiburan, penulis tentang kesenian, bukan tentang cinta duniawi pasangan yang mengaku sedang bahagia.

sungguh, aku muak dengan semua penulisan yang khayal dan memualkan itu. muak dengan penulisan sendiri yang racun pun bisa jadi madu dek kemanisan kata-kata ciptaan sendiri. retorik-retorik yang berjajaran menjadi sebuah karangan begitu buat aku jadi mual sedang aku hakikatnya tidak begitu.

aku bertanya kepada diri sendiri, bagaimana kehendak diri dapat diluahkan tanpa memperkecilkan hak orang lain, tanpa menghapus kehormatan seorang editor. aku tak mampu berbuat begitu.

apa yang aku lakukan, aku buat ikut cara sendiri. sayangnya, cara begitu seperti menjatuhkan reputasi peribadi. aku tahu, di mata mereka aku seorang yang tidak berdisiplin, tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati hak seorang pengarang. apa lagi yang harus aku lakukan, jika hanya menurut perintah, rasanya sampai mampus pun aku akan begini.

mahu mengharapkan kenaikan gaji, jangan haraplah kerana ramai lagi yang lebih baik berbanding aku. kerja aku juga tidak seberapa berbanding pekerja dan aku juga bukan pekerja kesayangan. aku sedar hal itu. mungkin aku jenis yang kurang motivasi sebab itulah aku berpendirian begitu.

ahhh....kalau aku berhenti daripada kerja ini, pekerjaan apa yang mampu aku lakukan. ini antara bidang yang aku minat tapi kenapa sampai ketika ini aku hilang semangat? semangat juang dan semangat mahu maju bagai tidak ada maknanya kepada aku. mungkin aku keletihan? badan letih boleh buat otak tumpul bukan?

berhenti kerja senang, bukan juga satu masalah kepada hidupku tapi bagaimana dengan keluargaku di kampung, empat orang adikku masih belajar, setidak-tidaknya mereka harus aku bantu. inilah masa aku membalas jasa orang tua lagipun ayahku baru dua bulan meninggal dunia, pasti payah buat ibu menanggung beban seorang diri.

ditimbang dan dihitung, aku harus terus bekerja dan berjuang. jika pekerjaan sekarang ini tidak mampu aku galas, jika pejabat itu sudah bukan tempat untukku, esok lusa aku harus mengumpul semangat baru. aku harus mula mencari ruang, ruang baru dan peluang baru. mungkin kerja baru di tempat yang baru? tapi apa dan di mana?

(sayang...tolong! Tuhan kuatkan semangatku! aku sedang menanti rahmat dan menunggu rezeki dariMu...aku mahu menunaikan amanat dan amanahMu ini dengan penuh kebesaran hati. tolong bekalkan aku setitis lagi kasihMu untuk menyambung tali hidupku. aku belum puas melihat sinar dari matanya...)

Wednesday, July 29, 2009

selamat malam FB...

sebelum beralih ke tilam dan bantal yang empuk
aku ucapkan selamat kepada semua pengunjung fb (facebook)
malam ini, lama aku duduk mengadap laptop
sengaja ingin ambil tahu dunia luar
dari kaca mata pengunjung fb

manfaat yang aku dapat
aku dapat belajar banyak perbendaharaan kata
tentang luahan emosi dan jeritan batin
daripada orang-orang yang kelihatan sangat prihatin

itu bagusnya warga malaysia
mereka peka dan prihatin masalah orang lain
indahnya alam tropika malaysia
penuh kata cemuhan, kutukan dan cercaan

aku juga bertemu bermacam prinsip
seolah-olah merekalah manusia penuh jati diri
serba baik serba alim serba sempurna serba sensitif dan serba kena
sampaikan menilai orang lain sebagai sampah
nak bakar orang lain macam kertas buruk
nak balun orang sesuka hati

dalam hati...aku kata 'lu sapa'
macam haram, gampang dan bangang
heiii...sekarang siapa yang tiada otak
lu ingat lu hebat
weiii...sedarlah diri sikit
di mana bumi pernah kau pijak
kepada siapa kau pernah meminta

aku benci manusia cepat lupa diri
macam mereka semua...
kononnya bijak sangatlah
tapi akal tak mencecah bumi
tak tergantung atas matahari
bergentayangan macam makhluk tak diterima Tuhan

kenapa kata aib?

kenapa aib yang diperkatakan
sepanjang hidup beliau
tidak pernahpun dianggap dirinya aib
tidak pernah dia dipulau keluarganya kerana itu satu keaiban

siapa kata beliau aib
kamu yang kata
orang lain yang kata
kosmo! tidak kata
bahkan mungkin tak berniat untuk membuka aib
tak sentuhpun perkataan aib

itulah bahayanya persepsi bos...
pening.....malas dah nak fikir
ikut suka depalah
mereka ada pandangan, mereka pandai berhujah
bos pula ada prinsip...

Tuesday, July 28, 2009

penangan zulkifli fenomena yasmin...

matinya seorang yasmin ahmad...

aku bukan sengaja ingin berkata-kata, tapi aku tak puas dengan banyak kata nista
aku turut terpanggil meluahkan sebingkis kata
tentang gelora banyak manusia di luar sana
yang marah dan jelek atas satu perkara
sedangkan mereka juga terdiri daripada golongan yang sedikit alpa

ku anggap blog ini sebagai buku catatanku
maka ini luahan peribadi, bukan untuk takbur diri

takdir yasmin
mati sebagai wanita...
sebagai insan biasa aku tersentak dengan judul sedemikian rupa
tak baik, tanah di kuburan masih basah, aib nanti keluarga si mati
sebagai wartawan, aku tabik spring keberanian si pembuat keputusan itu
dia memang berani mati
laporan akhbar tempat kubernaung sudah bongkar cerita 'api'

aku tulis sebagai api
sebab ramai di luar sana yang marah mereka sedang berapi
api bila marak susah padam bukan?
apatah api amarah manusia

mereka hentam bagai nak rak
bukan trafic di federal highway sahaja yang jam agaknya
trafic menghentam kosmo! di internet rasanya lebih jam daripada trafic di waktu puncak

aku anggap itu luahan jiwa yang emosinya kacau
walaupun mereka mengaku bahawa mereka sangat sensitif
kalau sensitif, tolonglah sensitif dari semua segi
setakat dari satu sisi, itu bukan sensitif
tapi prejudis

kalaulah aku ekstremis agama
pasti aku sudah gelar mereka itu 'kufur'
mungkin juga petanda umat akhir zaman

tapi aku bukannya prejudis
kalau kamu orang yang berfikiran terbuka, mengakui moden, urban dan kontemporari
kenapa sensitif dengan isu itu
kenapa melatah sampai melulu
sanggup menambah dosa sendiri

hentam sana hentam sini
tuduh hilang etika dan pertimbangan diri
apa kamu sedar
kamu juga sedang hilang satu etika peribadi
sedang hilang satu pertimbangan diri
kamu sedar atau sengaja enggan mengakui
kerana kamu ikut gejolak rasa, perasaan mengaburi hakikat yang hakiki

benar, dari satu sisi ada hakikat yang malu diakui
kenapa malu sedangkan ianya sudah secara rasmi
dia diterima akan siapa dirinya
oleh masyarakat
lebih penting lagi oleh keluarga sendiri
kenapa itu isu haram disentuh
sedangkan ia diakui

uh...kamu mahukan sedikit masa
aku faham
kerana aku juga manusia yang menangis makan hati bila terhina

itulah fakta yang sudah tersurat
aku bukan ulama yang boleh menentukan hukum
ilmu syariah, feqah, quran dan sunnah di dadaku sudah banyak terpadam
mahu aku bertanyakan hal itu ke muka mufti
tentang apa itu hukum
tentang besat benarkah dosa kosmo!
tentang ketentuan keterbalikan hukum

fikirku...salahnya cuma satu
kosmo! bertutur satu kebenaran
yang pahit bagi sesetengah orang
yang aib bagi sesetengah jiwa
ketika air mata masih panas di pipi
lalu ia bertitis menjadi api
lantas membakar banyak hati

aku terfikirkan satu teori
kalaulah tiada media yang seberani kosmo! isnin lalu
pasti ada satu suara
yang bangkit menyelar media sebagai prejudis, pilih bulu atau tidak telus...
bahkan mungkin ada yang kata media penakut...barangkali

aku terfikir juga
tentang satu kata orang-orang tua
ibarat luka yang disimbah garam
pedihnya maha perit
tapi luka itu akan cepat sembuh
nanti hari esok, kudis tidak merebak
bahkan parutnya tidak ketara
kerana kulit baru yang lebih cantik akan timbul...

nota jari kiri: malas peduli mahu buat hal sendiri, ikut kata hati tapi cuba tidak lupa diri
al-fatihah untuk Yasmin...konseptual kamu akan sebati dalam diri

Thursday, July 23, 2009

Yasmin Ahmad Oh Yasmin Ahmad...

Khamis, 23 Julai, kira-kira pukul 4.30 petang
aku berada di majlis sidang media konsert Jamal Abdillah
di Istana Budaya...
tiba-tiba suasana jadi kecoh
cek dean panggil aku

suzana! mai sekejap (sambil membelek fonenya)
tau tak Yasmin Ahmad pengsan, orang kata dah meninggal
dia pengsan lepas mesyuarat ngan Siti dan Datuk K kat TV3
sekarang kat hospital pakar damansara
saya nak call Datuk K
awak call Along
kata cek dean...

aku biasalah....tanya sambil blur
yasmin ahmad pengarah sepet ke...eh, janganlah, janganlah mati hari ni
(kataku dalam hati)
terus ku sms kenkawan kat ofis, biasalah
wartawan kan kepoh
nasib baik. budak ofis dah tahu

yang bestnya, sepanjang pc jamal dan masa tengah interview jamal pun
telefon geng-geng press duk berdering....
semuanya gara-gara yasmin
macam-macam versi keluar. ada yang kata dia rebah dan pengsan
ada yang kata dah meninggal
yang bestnya, ada yang siap dapat confirmation daripada driver ambulan yang bawa yasmin ke hospital bahawa mak cik tu dah innalillah...tak baiknya

dalam masa yang sama, ramai juga yang berkejar ke damansara
aku pula kena balik ofis, kena buat storie jamal, news dan hiburan
so, selamatlah daripada kejutan strok Yasmin
kalau tidak, dengan aku sekali terlibat
jess yang jadi mangsa ke DS, Faizal kena ambil apa kata teman artis, ferri pula kena dapatkan info pasal Yasmin
pendek kata semuanya pasal Yasmkinlah
Che B pula sibuk mereka-reka headline untuk Jumaat...Yasmin Koma...dll
macam-macamlah

menariknya juga, tarikh lahir dan nama sebenar Yasmin diselidik dalam-dalam
semua orang tahu status Yasmin
tapi aku percaya, walau apapun, siapapun Yasmin, di sisi Tuhan, dia tetap ada hak
ada nama, ada nyawa, ada keampunan dan ada ruang untuk dinilai sebagai hamba
pedulikan sesaat siapa, kontroversi dan ketidakselarian dunia Yasmin dengan dunia kelahiran asalnya
dialah satu-satunya Yasmin Ahmad milik Malaya
dia kebanggaan anak didiknya
setidak-tidaknya
ada ramai insan yang mendoakan kesejahteraan Yasmin Ahmad sekarang ini

tapi best lagi TV3
depalah yang dapat hak dan paparan eksklusif
itulah manfaatnya bila ada CCTV
semuanya terakam, semuanya tercatat
daripada detik Yasmin mula tak sedarkan diri, sampailah dibawa menaiki ambulan
semuanya jadi paparan eksklusif buletin utama

dalam keresahan dan gelisah orang lain
TV3 sebenarnya mendapat runtuhan durian
aku sempat tengok berita tu
dan alku percaya semua orang tengok berita tu malam tadi

jam 9.40 malam
aku dah nak gerak balik rumah
faizal kata Yasmin dah selamat dibedah
jess juga dalam perjalanan pulang ke ofis
kerja mereka masih banyak
masih perlukan perkembangan terkini tentang Yasmin
kerja aku pula sudah selesai
aku nak balik
bukan tidak pedulikan Yasmin, tidak pedulikan kerja
tapi nak pedulikan diri aku

aku terfikir, kalaulah aku yang berada di tempat Yasmin
betapa resah dan gelisahnya orang-orang di sekeliling aku kan
keluargalah yang paling utama
anak aku, suami aku
ibu, adik adik beradik aku
semua orang akan susah nanti

aku tadah tangan kepada Tuhan
minta dijauhkan segala penyakit
minta dipermudahkan jalan hidup
biar susah dengan cara begini
janganlah Kau duga dengan anugerah sakit yang takut untuk aku tanggung
kerana hidup aku bukan sendirian
kerana bukan hanya aku yang akan menanggung sakitnya
bisanya akan berbekas dan dikongsi insan di sekeliling hidupku
aku tak mahu yang itu...aku tak mahu ada yang menangis kerana aku

Astagfirullahal azim dengan dugaanMu...
Alhamdulillah...atas nikmatMu!

Thursday, July 16, 2009

dua minggu sekali

kalau selama ini sebulan sekali
masuk minggu ke-29
aku sudah memasuki fasa baru
sebulan dua kali
atau juga dipanggil dua minggu sekali

29 julai adalah tarikh akan datang
harap semuanya akan okay
aku takut dengan banyak cerita rakan
macam-cama hal boleh berlaku

biarpun ini bukan yang pertama
tapi perasaan dan situasi kali ini
lain benar rasanya
penangan orang berlainan agaknya...

sakit tubuh

tubuh yang sakit
bibir yang mengeluh
kudrat jadi hilang
tenaga langsung tiada
ingin saja aku tidur

aku ingin tidur
tapi bukan tidur untuk selamanya
cuma sekejap biar lelahku pulih
aku kepingin rehat
kerna kepala ku berdenyut
nafas tersekat
kerongkongku perit
sehinggakan liur bagaikan kelat
payah benar hendak masuk membasahkan laluan

huh...kahak
ia menjijikkan bukan
tapi penangan kahak
boleh buat badan merana
batukku berkeroncong siang malam
mungkin kalah cengkerik yang selama ini juara malam

ubat dari hospital?
sudah seminggu jadi makanan ruji
mujarab?
entahlah?
aku masih menunggu
bilakah kerongkongku akan damai

cuti sakit...
barangkali minggu ini minggu sejarah
minggu pertama dalam tahun ini
aku dapat cuti sakit
mula-mula sehari dari doktor di klinik lela ratoos
jalan pudu, dekat sahaja dengan pejabatku

masuk kerja esoknya
aku kunjungi doktor lagi
kali ini bukan untuk mengadu sakit
tapi itu kunjungan tetapku, sebulan harus sekali
aku diberi dua hari lagi cuti sakit
sakitkah aku....
kata doktor, tubuh aku yang sakit

tapi aku risau
risau kawan-kawan yang akan merasa 'sakit' sikit
sebab aku asyik dapat cuti sakit
sabar ya kawan, kalian juga pernah dan tak mungkin tiada sakit
cuma kali ini giliran aku...

nota jari kiri: sakit sikit takpa, redha!

Saturday, July 4, 2009

kita semua Intan Yang Tercanai

(Teater Intan Yang Tercanai dikhabarkan sebagai naskah paling nipis yang ditulis oleh Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan)

...Ia nipis tapi tebal dengan falsafah....


atas keinginan yang kuat
aku ketepikan tugasanku ke life centre untuk tengok ahmad nawab
biarlah fotografer yang capture semua benda kat sana
kalau rajin, aku buatkan artikel
propa apa yang patut
sebab aku tak nak terlepas tengok naskah teater karya Sasterawan Negara
judulnya Intan Yang Tercanai di Dewan Bahasa Dan Pustaka
arahan A. Wahab Hamzah

akupun tengoklah, genrenya ala-ala monolog
rasa sayu dan pilu banyak menusuk perasaan
rasa hiba pun ada
rasa terpukul
terpanggil pun datang juga

dari mulut Datuk Noordin Hassan sendiri
ucapnya: anda semua, kita semua adalah intan yang tercanai
tercanai ikut layer dan tahap masing-masing
aku pun fikirlah

aku pun intan tercanai juga
dari kampung aku dilahirkan
kemudian ke sekolah rendah, menengah dan menengah tinggi
untuk mencanai diri
dengan ilmu dan akademik

mencanai lagi sampai ke 'U'
tercanai sampai dapat ijazah
masuk kerja tukar kerja
pendek kata
hidup ini satu proses pencanaian
berlaku ikut kehendak dan ruang diri

nak cerita tentang canai-mencanai
itu persoalan panjang lebar
banyak lapisannya kata cikgu noordin dan wahab hamzah

aku berfikir
cukup tercanaikah aku
cukup tercanaikah ilmu duniaku
cukup tercanaikah aku dan ilmu akhiratku
cukupkah aku mencanai hidupku?
kenapa hidup tercanai begitu

tolong jangan tanya kepada Tuhan
tanyakan kepada diri sendiri
jika tidak bertemu yang tersurat, carilah yang tersirat...

nota jari kiri: aku kurang gemar roti canai (tak perlu tanya kenapa)

Wednesday, June 24, 2009

aku tulis diari hidup

satu ketika dahulu
dahulu masa aku di alam sekolah
masa alam kampus
diari adalah sahabat setia
dalam diari berbalut kertas terpakai itulah
aku tulis diari hidup
aku tulis agenda harian
aku tulis rasa kecewa
aku tulis segala kemahuan
aku tulis segala kekhilafan

kemudian, bila tangga-tangga usia semakin kudaki
bila banyak pejabat aku duduki sebagai pekerja
tambah lagi setelah bergelar penulis kota
aku mula lupa
bukan lupa diri tapi lupa kepada diari
buku catatanku bergilir-gilir
ada yang masih tersimpan walau sudah bertahun
ada yang baru semalam dibuka tapi hilang entah di mana

saat ini, aku kembali ingin menulis
mungkin kerana otakku semakin tumpul
untuk ingat segala rasa, segala suasana
kali ini aku yakin
tulisanku tidak akan hilang bersama diari lama

kali ini aku rasa
diari aku akan berada di mana sahaja
di mana ada komputer atau laptop berintenet
di situ aku akan masuk ke ruang peribadi
untuk bercakap dengan hati
meluahkan apa yang terkunci
berkongsi kisah entah dengan siapa

benci makin berganda

mungkin kerana rasa berkuasa
manusia boleh bikin apa sahaja

hanya kerana rasa berkuasa
hanya kerana kau bos
jadi kau rasa engkau hebat
manusia boleh berlagak bisa
padahal kau juga orang biasa

sekarang kau boleh kata apa sahaja
kerana kau ada kuasa
aku faham sangat kerana itu adat dunia
tapi kau harus ingat
bumi ini ibarat roda
hari ini kau di atas
esok lusa masa kau jatuh tertiarap
barulah ada kata paling mujarab
padan muka engkau!

masa itu engkau bakal tahu
langit ini tinggi atau rendah
kalaupun bukan engkau yang terkena
anak pinak, saudara terdekat engkau
pasti akan kau rasa
itupun kalau kau itu manusia
yang dapat merasa
yang ada deria rasa

nota jari kiri: aku diajak makan mangga di penjuru pejabat. aku hargai tapi aku tolak sebab aku tak mahu makan makanan yang dikongsi dengan binatang! sebenarnya aku tak mahu berselisih dengan binatang itu. Astagfirullah.....

Tuesday, June 23, 2009

cuma mampu istigfar

hari ini aku kenal satu spesis insan
insan yang bernama manusia
satu spesis yang kononnya berakal tapi enggan bertimbang-rasa
aku cuma mampu istigfar

mahu aku gelar kau apa
lembaga atau makhluk
ah! amuk amarahku pantas marak
tapi aku masih istigfar
masih aku ingat situasi diri

aku cuma mahu melampiaskan rasa
tapi bukan lampas otak ye!
aku gelar engkau lembaga dua jelmaan
lembaga yang tubuhnya anjing berwajahkan babi
sedangkan hakikatnya engkau hidup dalam munafik
kau bertopengkan kemurnian
persis kaulah wanita Melayu terakhir

barangkali hati kau busuk seperti bangkai
barangkali sebusuk bangkai biawak yang mampus
akibat perutnya dirodok lembing berkarat
aku masih ingat bau busuk itu
bau busuk yang aku temui waktu ke semak mencari kemunting
ketika zaman kanak-kanakku yang riang

hari ini
seharian aku meneguk nafas yang busuk
persis aroma yang pernah menusuk hidungku
aku mual setiap kali kau melintas di depan mata
mahu sahaja aku muntahkan bau itu
bau yang kalau terus kuhidu
pasti akan merosakkan akalku

ah! amarah itu menyala-nyala
aku pendam dan rendam dalam kawah reda
tapi petir tetap menyambar
dan langit yang pagi tadi membiru
tiba-tiba berselimut awan hitam
petir memangggil ribut pun datang
api pun menggila bagaikan taufan

mahu aku teruskan puisi amarahku ini?
aku istigfar lagi
ingat, tubuh yang berkongsi rasa
boleh ada mudarat jika tidak ditahan rasa
aku istigfar lagi

hari ini aku kenal erti busuk
aku kenal hati yang hitam
kalau tidak semua
suku atau separuh hati kau telah mereput dan busuk

sungguh...bukan aku sengaja mahu gelar engkau sebusuk itu
tapi wajah molek kau tidak bisa menipu kehodohan di jiwa
aku tidak ingin kenal orang yang busuk
sungguh aku tidak gemar mengundang nista
tapi kau...
ahhhhhh!!!!!! aku istigfar lagi
(dalam hati, kata aku: "pergilah engkau mampus!")

Sunday, June 21, 2009

pesta cara aku

aku juga ratu pesta
tapi dulu
masa aku muda remaja
era kegemilanganlah katakan
cakaplah ada di mana
di situ pasti kelibatku muncul
kalau tidak untuk bersuka-suka
pasti kerja jadi alasan
itu cara aku
cara aku pergi berpesta

sekarang
perlukah aku berpesta lagi
pesta tanpa kerja
itu sudah cukup satu pesta buat aku
pesta tanpa artikel hutang
itu juga satu pesta

pesta malam indonesia
jumpa padi, dewa, gigi, shiela on 7 atau andra
bukan tempat aku
pesta gig percuma di dang wangi
juga bukan untuk aku
pesta percuma inspirasi di dataran
minta ampun
jangan suruh aku pergi
memandu di daerah itu juga aku jauhi

itu semua bukan kerana aku jenis yang anti pesta
tapi sudah aku katakan
tempat aku bukan di situ lagi
tidak untuk dalam keadaan begini
kalau ditugaskan juga
pasti sudah banyak sumpah seranah aku hambur
entah untuk apa dan kepada siapa

aku juga ke pesta
pesta pulang mengadap si bijaksana
yang mengajak neneknya turun konon untuk menghantarnya pulang
setiap malam begitulah tingkahnya
kemudian meraung minta ditemani entah sampai ke mama
itu juga cara aku merasa pesta
itu kelaziman setiap malam sebelum sampai ke muka rumah

pesta sebenar aku
waktu merebahkan tubuh ke tilam yang empuk
sambil mata ditutup fikiran dibeku
tanpa suara
tanpa keluh
aku mahu berpesta dalam lena tanpa mimpi...
aku butuh pesta yang itu!

Tuesday, June 16, 2009

untuk ayah versi Kosmo!

Mulakan kerja tempohari, aku diberikan tugasan yang menyentuh jiwa. Kena buat artikel tentang hari bapa. Aku nak mengelak tapi gila, mana boleh. Namapun arahan. Sebenarnya aku boleh buat novel tentang ayah. Antara mahu dengan tak mahu je. Gila, mana ada masa sebanyak tu.

Aku pilih Hattan n Jamal, alasannya, aku rasa aku boleh tanya depa pasal soalan tu. Bolehlah, yang susahnya, mana nak korek gambar. Tau-tau sajalah...

Buat punya buat....inilah yang keluar, hasil air tangan untuk intro artikel aku....


Antara sedar atau tidak, balada seorang lelaki bergelar ayah mungkin sudah tercanai begitu. Berbanding wanita bergelar ibu, entah kenapa nama ayah jarang berlagu di teratak jiwa.

Jarang juga ada puisi yang mengagungkan kecintaan anak terhadap ayah bahkan jarang benar ada lagu yang bergema meratapi kasih ayah. Kalau ada pun tidaklah sekerap dendangan buat ibu.

Kenapa agaknya bukankah ayah juga insan teragung dalam carta manusiawi. Sebagai jawapan yang paling nurani, mungkin ketegasan ayah tidak mampu membatasi kelembutan sang ibu. Itulah hakikat atau mungkin juga, sifat lelaki itu secara natural menolak sesuatu yang bersifat sentimental. Tidak mengapa jika kasih padanya tidak dilaungkan asalkan di hati ia teguh bersemi.

Sesungguhnya bapa itu satu anugerah tidak ternilai buat seorang anak. Dia permulaan sebuah kehidupan, dialah juga penjaga yang menjadi kekuatan sebuah keluarga. Tanpanya, si anak berdiri tanpa pegangan, ibarat kapal yang kehilangan nakhoda.

Ayah, abah, papa ataupun abi, masing-masing punya pilihan untuk memilih antara frasa keramat itu sebagai gelaran. Di hati semua, selain ibu, bapalah insan utama, kemuncak murni kemuliaan insan.

Pengorbanan mereka tiada terhingga, bakti mereka tidak terhapus walaupun nun jauh di perbatasan bumi.

(nak tahu apa isi artikel, kenalah baca Kosmo! keluaran Sabtu 20 Jun (rasanyalah)

Saja berkongsi hati....aku interview dan selesaikan artikel tu dengan mata berkaca
jiwa masih parah rupanya
agaknya ini baru permulaan....banyak hari dan banyak tahun lagi jiwa aku akan basah bila sebut nama ayah....

Aku tersedar oleh tulisan sendiri
rupa-rupanya aku sebenarnya jarang melagukan kisah ayah
jarang bersembang panjang dengan ayah
jarang juga telefon kampung semata-mata mahu dengar suara ayah
yang aku call ibuku....aku panggil ibu 'Ma', singkatan mama mungkin...dan ayah, ayahlah...aku orang kampung....sepupu2 sebelah ayah panggil ayah sebagai 'Ku' kononnya kami ni keturunan kerabat2, alah tu citer lama

Betullah, aku jarang bercerita tentang ayah
bahkan itulah (merujuk kpd puisi panggilan untuk ayah) itu bingkisan pertama yang aku lakarkan buat ayah....
kejamnya aku
alpanya aku

Bukan aku tak sayang ayah aku
tapi sebab dalam keluarga aku begitu
ayah untuk dihormati
ibu untuk dikasihi
tapi aku ingat lagi
masa kecil, aku selalu diminta ayah untuk pijak belakangnya
dia kata boleh hilangkan lenguh
biasanya aku ngan adik aku yang jadi mangsa...tengok TV sambil pijak belakang ayah...
aku rindu masa kanak-kanak aku
sebab masa kanak-kanak, aku tak segan silu nak peluk ayah
tak malu nak bertenggek kat paha ayah

Bila dah besar panjang cam gini
aku cuma salam dan peluk ayah masa hari raya
takpun masa balik kampung, itupun masa salam nak balik semula ke KL
kali terakhir, aku peluk ayah masa balik kampung cuti maulidurrasul
itu 3-4 bulan lepas, rasanya bulan Februari 2009
aku dapat rasa lagi ayah genggam tangan aku erat-erat....
tak sangka itu sentuhan terakhir daripada ayah...

Sabtu ini, orang sambut Hari Bapa
sungguh, dalam tradisi keluarga aku
kitorang tak kenal apa itu Hari Bapa
cuma sejak akhir-akhir ini je aku kenal apa itu Hari Bapa
itupun sebab ada kena-mengena ngan kerja

Entahlah, Hari Bapa tahun ini semacam sesuatu
aku semakin bernostalgik, rindukan ayah
hanya Al-Fatihah dan Surah Yassin jadi hadiah
kan kukirimkan tanpa mengira Hari Bapa ayah!

Friday, June 12, 2009

panggilan untuk ayah...

ketika itu matahari petang 31 Mei 2009 sedang condong ke barat
dia ayahku hanya bertemankan anak bongsunya yang masih belum dewasa

dadanya ditusuk sembilu yang entah dari mana
sakitnya terbakar ke segenap rasa
ketika itu
tubuh gagahnya menjadi longlai
dan peluh menjadi banjir di setiap roma kulitnya
dia ayahku sedang nazak
sedang berjuang menyedut dan menghembus nafas terakhir

kata ibuku
waktu itu
dia baru kembali dari hospital
kerna mengadap doktor atas urusan sakit yang sukar sembuh
tapi sudah takdir tuhan yang menemukan mereka
39 tahun mereka bersama dalam suka dan duka
dan 31 mei 2009 mereka juga bersama
dalam resah yang singkat

39 tahun dulu
ayahku yang melafazkan akad
melamar dan mengambil ibuku sebagai isterinya
tapi pada 31 mei 2009
ibuku yang melafazkan syahadat
mengajak dan mengajar ayahku menyebut kalimah Allah
hanya Allah
Ya Allah!
itu lafaz terakhir dari bibir ayah
tanpa sempat berpesan
tanpa kata selamat tinggal
dia menyahut panggilan Allah
panggilan untuk kembali ke tempat asalnya
itu kata ibuku
seorang isteri yang terputus hubungan dunia dengan suaminya

ketika itu aku masih di tengah kota
santaiku dikejutkan satu panggilan
'pulang segera! ayahmu pengsan!'
cukup....
bagiku itu satu petunjuk
seumur hidupku di rantauan
itulah kali pertama panggilan sebegitu datang dari kampung
sakit peningnya, jatuh, demam atau lelah
tidak pernah singgah ke telinga si anak
kecuali ada yang menanyakan khabar

ayah...ibu...
anak-anakmu ini jahil
ampunkan kami
anakmu yang ini juga alpa
dan air mata pun tak bisa kembalikan waktu lalu

bergesa pulang ke kampung
aku membawa harapan yang tipis
mengharap masih ada senyum di bibirnya untuk aku
untuk anak-anaknya
untuk cucu-cucunya
untuk menantu-menantunya
sedangkan aku tahu harapan itu kosong isinya

beratus kilometer
berjam-jam tangisan mengisi perjalanan yang panjang
yang sempat kujamah
hanya tapak kakinya yang dingin
hanya tubuh kakunya sempat kupeluk
dan wajahnya senyum seolah damai menanti kepulangan anak-anak
untuk jadi pengiring perjalanan terakhirnya
ke lembah yang abadi
Al-Fatihah untukmu ayahku...
aku mahu reda walaupun hati bagai disiat

aku pilu ayah
aku lemah ayah
aku pilu Ya Tuhan
aku pilu atas hilangnya kelibat seorang ayah
aku pilu mengenangkan ibu yang sendirian tidurnya
aku pilu melihat masa depan adik yang masih dahagakan kasih ayah
bilakah kepiluan ini akan terhapus

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan
seperti mana Kau berikan kekuatan itu kepada ibuku...
pinjamkanlah aku semangat itu
untuk gagah menempuh esok...

Sunday, March 15, 2009

hilang

ia hilang seketika...

hilang ertinya
tiada haluan
tenggelam punca
sesat
tiada petunjuk, tiada pegangan
lenyap dari pandangan

aku pernah rasa hilang
sedang hilang
dan mungkin bakal hilang
hilang minat
hilang semangat
tapi jarang hilang keyakinan
jarang juga hilang pedoman

aku cuma hilang perasan
emosiku kering dalam kebasahan
aku kuyup dalam banjir ketika kemarau bertambah gersang
menanti ada cahaya sedang bersinar
aku tumpang bersiram

-kataku hilang di sini-

Friday, January 30, 2009

Sesudah lapan tahun

Ada seorang kawan lama
kawan semasa sama-sama menuntut di Jabatan Pengajian Media
(Fakulti Sastera dan Sains Sosial di UM - wah lama tak sebut nama tempat ini, jatuh rindu rasanya)
kami sama-sama merasa susahnya hidup di Kuala Lumpur (KL)
sama-sama tinggal di blok perumahan yang usang
sama-sama jadi sekutu dan menyimpan benci kepada seseorang yang dianggap parasit dalam hubungan 'kawan'
kami sama-sama menjadi perintis Mid Valley
menjadi antara pekerja pertama di GSC
sebagai penjual tiket wayang dan sebagai pembuat popcorn yang manis

Kemudian kami sama-sama melangkah ke puncak Angkasapuri
mencari peluang kerja yang sealiran bidang pengajian
kami diterima dan kami bekerja
sama-sama diherdik kerana kami anak kampung
budak hingusan yang dianggap mentah soal TV
tetapi kepada orang-orang besar di RTM sana
jangan pandang rendah terhadap semangat kami
kerana RTM itu sekadar batu loncatan!

Ini bukan soal RTM
apa yang aku seronok dan apa yang gembira
ialah tentang seorang kawanku yang sudah ambil langkah tepat
lapan tahun menadah tangan berusaha untuk jadi kakitangan tetap
sampai ke tahun inipun masih di sepak ke tepi dan ke tengah
bukan tak berbakat
bukan tak bersuara lantang
bukan tak berkebolehan
semuanya lulus
kecuali...entahlah
mungkin bos lebih suka jaga kerusi sendiri
tapi itulah nasib pekerja berstatus artis berjadual di RTM


Biarlah tidak mengapa
kawan aku sudah angkat kaki tahun ini (mungkin ikut jejak aku bersama yang lain)
kerana RTM tak menjanjikan apa-apa untuk diharap
(kecuali orang kerajaan yang makan gaji di sana)

Pergilah kawanku itu ke jabatan lain yang tahu menilai kepandaiannya
lapan tahun bertungkus-lumus menjadi wartawan dan penerbit berita
hari ini, esok, lusa dan seterusnya
kawanku itu akan bergelar guru pendidik bangsa
kerja yang jauh lebih mulia
mulia di dunia dan mulia di akhirat

Tinggalkanlah jadual kerja yang tidak mengira waktu
waktu libur
waktu santai
waktu suami pulang untuk bermesra
waktu anak ingin bermanja
kini semua waktu itu
rasanya akan lebih teratur buat kawanku itu...
Tinggal aku sahaja...
(rasanya aku masih relevan di kerusiku ini walaupun tidaklah seempuk mana)

Thursday, January 8, 2009

yang terkeji dalam terpuji

(ala-ala ada kesinambungan pula entry ini dengan entry yang sebelum ini. tapi siapa yang dimaksudkan kali ini bukan orang yang sama seperti yang dimaksudkan dalam entry terdahulu - tiada kaitan dengan yang telah mati, cuma yang akan mati juga suatu hari nanti)

Bismillahirrahmanirrahim
aku was-was sebenarnya untuk melampiaskan rasa kali ini
was-was aku bukan takut
takut aku bukan pengecut
aku cuma kurang gemar memperincikan keburukan orang

Wallahuaklambissawab...
jika sebelum ini aku ada menyampaikan apa yang tidak baik tentang orang lain
mungkin itu semua berlaku atas komitmen kerja atau tuntutan fakta memang begitu

hari ini aku kesal
kesal kerana ada manusia yang menganggap dirinya terpuji
sedangkan hakikatnya tidaklah boleh mendapat markah pujian penuh
aku anggap
hari ini aku mengenali satu daripada jutaan watak tidak baik ciptaan Tuhan...

manusia memang begitu
tapi jenis begitu aku tak suka
jenis yang suka memanipulasi
jenis yang suka menunjuk-nunjuk
tapi dalam masa yang sama bertopengkan kemuliaan
berselindung di sebalik kesempurnaan
aku fikir
aku antara yang bertuah yang dapat mengenali sifat keji manusia sebegitu

kisahnya begini
aku diperkenalkan dengan manusia jenis yang aku maksudkan itu menerusi seorang kenalan
seorang kenalan yang sudah lama menjalinkan hubungan dengan watak itu
okey, aku lunaskan tanggungjawab aku dengan jayanya...
seperti yang dijanjikan artikel 'kisah manis' mereka terlestari
aku emelkan seperti yang diminta
hadiah untuk aku....
aku diberi amaran
huh...panasaran jadinya

aku anggap hari ini hari perkenalan
'diorang ingat diorang tu siapa' getus seorang teman
aku geleng kepala
aku kata kalau diberi pilihan
ini kali terakhir aku terlibat dengan manusia itu

aku bukan jenis yang suka menganalis peribadi orang
bila diluahkan dalam sesi yang diklasifikasikan sebagai temubual
aku anggap itu penyataan rasmi
kecuali awal-awal lagi dilabelkan 'off the record'
akupun faham bahasa
bahkan akulah yang arif tentang bahasa (masa sekolah dulu)
sekarang, aku malas nak nilai diri aku di sini

wahai orang kaya! orang kenamaan! orang bergelar datuk-datuk! dan datin-datin! jangan anggap kalian hebat sangat (bukan semua orang)
sampai semua kerja orang lain kalian nak perbetulkan
(sebab agong, PM atau menteripun tak pernah minta wartawan emelkan artikel untuk disemak sendiri)

tapi dengan watak yang aku temui tempohari
aku lalui pengalaman itu
bukan sekadar baca dan semak oleh satu watak
malah dua watak dalam dua semakan berasingan...
hebat tak...

macamlah aku makan gaji dalam syarikat diorang
gila! tapi itulah manusia yang aku temui
padahal bukan ada salah fakta
cuma salah guna ayat...
suka hati kreativiti akulah
aku penulis ke engkau yang penulis?
lebih dahsyat lagi, nak sembunyikan fakta!
kononnya alasan keselamatan

hello! realistik sikit boleh tak
kalau takut mati kenapa berumah di tepi pantai
kalau takut terhempas kenapa naik kapal terbang
itu alasan zaman batu yang dapat dari istana kaca
yang kena pasang pengawal keselamatan sampai ke bilik air
takut ada bom dalam mangkuk tandas...
mungkin itu dunia mereka
siapa aku nak perlekehkan cara mereka...

tapi awal-awal lagi aku syaratkan
syarat aku adalah fakta
tolak campur dengan cubit-cubitan
syarat aku karangan cinta
bukan esei ekonomi

untuk sesiapa yang terbaca kisah ini
jangan salah anggap
aku bukan pendendam
aku cuma pengungkit kisah lalu...
kerana kisah lalu pengajaran terbaik buatku!

Saturday, January 3, 2009

si suci dalam debu

mata mengantuk
puas membelek, membaca dan menilai
mahu tinggalkan lembaran hari ini
untuk hari esok

tapi tadi
satu ayat yang lengkap subjek dan predikatnya
masuk ke telinga kananku
'dia suci dalam debu'

oh! iye ker...tanya aku tergamam
iye, lama dah i tahu (kata seorang temanku)
dia memang macam tu, macam baik
satu lagi perkataan yang terimbas ke kepala aku...
nampaknya skeptikalku terhadap amalan terpuji amalan dia yang dimaksudkan itu bertambah teruk

salah aku ke?
bukan, salah dia
salah dia yang buat aku tambah skeptikal
lebih skeptikal lagi
kepercayaan aku terhadap orang 'besar' makin kabur
makin kelam bagai malam yang kabus menggila

untuk si suci dalam debu itu
aku tiada kata yang mahu diluahkan ke mukanya
kerana aku orang kecil
barangkali berdiam lebih hebat
daripada menjampi dengan serapah menghamun
itu lebih 'cool'
kata orang putih!

aku mahu jadi 'cool'
mungkin ini tekad aku di tahun baru
ya! aku mahu jadi 'cool'
tapi ini azam amat payah walaupun bunyinya 'cool'

aku kena lawan
kerana taufanku mudah mengamuk
kawah jiwaku penuh api
kerana aku penganut amarah
yang rindukan damai datang menghuni
mungkinkah aku debu yang suci!