Saturday, January 3, 2009

si suci dalam debu

mata mengantuk
puas membelek, membaca dan menilai
mahu tinggalkan lembaran hari ini
untuk hari esok

tapi tadi
satu ayat yang lengkap subjek dan predikatnya
masuk ke telinga kananku
'dia suci dalam debu'

oh! iye ker...tanya aku tergamam
iye, lama dah i tahu (kata seorang temanku)
dia memang macam tu, macam baik
satu lagi perkataan yang terimbas ke kepala aku...
nampaknya skeptikalku terhadap amalan terpuji amalan dia yang dimaksudkan itu bertambah teruk

salah aku ke?
bukan, salah dia
salah dia yang buat aku tambah skeptikal
lebih skeptikal lagi
kepercayaan aku terhadap orang 'besar' makin kabur
makin kelam bagai malam yang kabus menggila

untuk si suci dalam debu itu
aku tiada kata yang mahu diluahkan ke mukanya
kerana aku orang kecil
barangkali berdiam lebih hebat
daripada menjampi dengan serapah menghamun
itu lebih 'cool'
kata orang putih!

aku mahu jadi 'cool'
mungkin ini tekad aku di tahun baru
ya! aku mahu jadi 'cool'
tapi ini azam amat payah walaupun bunyinya 'cool'

aku kena lawan
kerana taufanku mudah mengamuk
kawah jiwaku penuh api
kerana aku penganut amarah
yang rindukan damai datang menghuni
mungkinkah aku debu yang suci!

4 comments:

akupentoi said...

ada taufan dihujung ayat nampak...

divakampung said...

huhuhu...sekadar kembali menilai diri...
(kalau sudi, singgah sekali kat puterikata.blogspot.com, itupun karya saya, tp ala-ala susastera sikit, kat sini ala-ala merapu)

jiwa kaco said...

salam zairah

sastera... atan suka tapi kena anto kelas sains

divakampung said...

salam kembali atan....kelas sains tp otak sastera...itu sudah bonus...