Monday, December 22, 2008

Isi hati tetap isi hati

Hari ini aku diulangkan lagi dengan satu hakikat
hakikat bahawa isi hatikan tetap harus jadi isi hati
bukan isi perut
atau isi buku
bukan isi surat
atau isi blog

untuk sahabatku yang dikecam kerana isi hatinya
aku tumpang simpati
aku kembali mencari pena dan kertas
buat gaya dulu-dulu

dulu-dulu cikguku kata
kalau api kemarahan sedang marak
catatkan sahaja ke atas kertas
tulis banyak-banyak
tulis guna pen merah
tulis besar-besar
kemudian bakar sampai jadi abu
ataupun buat kapal kertas
hanyutkan ke laut biru

aku pilih untuk buatkan kapal kertas
tapi laut tidak kutemui
aku cari longkang besar
kerana aku selalu cari longkang di belakang kelas
untuk menangis kalau aku sakit hati

dulu pernah juga aku tandas
(biasalah kalau ke tandaskan)
tapi ada masanya bukan untuk buang hajat
tapi ada masanya aku lepaskan rasa
gugurkan air mata kesal, marah atau benci
muntahkan segala-galanya
kemudian plushkan (aku tak tahu guna kata BM yang sesuai)
biar air yang membasuh saki-baki
hatiku yang parah
serta daki dan nanah yang membungkam di tekak

hari ini aku diulang lagi dengan satu hakikat
hakikat yang aku sendiri susah nak tangkap
aku cuma mengumpul kudrat untuk teruskan hidup yang azab
ini baru azab dunia...bukan azab akhirat

aku termenung
moralnya, aku kena kuat
saat ini, minit ini, jam ini
esok, lusa dan hari-hari yang akan datang selepas lusa
aku teringatkan dia...
aku mahu pulang!

Saturday, December 20, 2008

Antara wawasan, misi atau kegilaan!!!

Gelombang merah sudah datang, larikan diri kalian ke bukit yang lebih tinggi
jangan biarkan diri terpukau menyaksikan satu lagi kekuasaan Tuhan
mungkin itu antara luahan penduduk pesisir yang gementar dengan tsunami yang melanda tidak lama dahulu

Sekarang, aku dan rakan-rakanku berada bukan di pesisir pantai lagi
kalau masih di pesisir, sudah lama aku pecut, lari ke gunung atau hutan belantara
daripada merelakan diri untuk ditelan tsunami lebih aku berlari sepantas angin, memanjat bukit mencari landai untuk tempat berkhemah

Sekarang kami di tengah gelora
hendak ke kiri atau ke kanan
hanya mengharapkan dua tangan dan dua kaki
satu kepala yang cuma ada sepasang mata
sepasang telinga dan dua lobang hidung untuk bernafas
aku mahu berenang
mencari arah mencari kompas
tapi mimpi sajalah...di kapal kertas yang hanyut itulah kami dipaksa bertahan
bertarung membina lebih banyak kapal kertas yang lain
gila!

Begitu ibaratnya, kusut jiwa kepala berdenyut
hari-hari di pejabat kini bukan lagi hari yang ceria
aku bekerja ibarat mayat hidup yang masih dipaksa menyudahkan tugasan
ke mana api ke mana semangat ke mana nyawa
semua direntap oleh si pemangsa yang tidak berhati tidak berperut
si pemangsa yang cuma ada otak geliga
yang digunakan untuk memuaskan diri
kononnya untuk surat khabar
untuk majikan yang tersayang
untuk ego seorang majikan...agaknya

Gila mengila dan sungguh gila
bila agaknya kegilaan sang pemangsa itu akan berakhir
hari ini aku mahu berdoa
berdoa untuk kematian seorang manusia
berdoa untuk kemusnahan seorang majikan
berdoa untuk kejatuhan sebuah koloni
berdoa agar aku dan rakan-rakanku terselamat di bumi yang gersang ini

Thursday, December 18, 2008

Bos, mintak tolong antar budak news!

"Bos mintak tolong hantar budak news!" Pinta aku dalam nada bersungguh. (Macam bos tu kawan karib aku pula).

Aku sambung lagi: "Bos , kitorang dah tak ada orang ni, saya kena buat Belasungkawa, 2 page, news dah siap dah, cuma encik tut nak mintak bos hantar budak news ke lokasi, saya ngan ferry buat fone call dari ofis, minta komen sesiapa yang berkaitan.
Dia (yang bukan bos akupun sebenarnya, bos nombor 1 aku cuti, yang ada cuma bos no 2) tengok muka aku tersengih-sengih. Senyum, anak matanya seperti berkata 'Ini seorang lagi, apa masalah budak ni, engkau siapa!)

"Macamm inilah, tengok sini. Kerja saya ni siapa yang kena siapkan. Tengok storie-storie ni, tak edit lagi. Nak kena edit ni, budak-budak saya kena ada di sebelah. Mana ada orang (wartawan) lagi. Diorang semua ada kerja," katanya.

Tiba-tiba aku rasa aku kena main. Aku tengok muka dia yang kononnya serius. Aku kata:
"Bos, storie tu kan dah siapkan....(lepas tu aku tak ingat dah apa yang aku cakap dan dalam nada setinggi mana, kemudian aku ingat). Sambung aku: "Storie news sayapun dah siap, tapi bos saya dah siap edit dahpun." Aku terus berlalu tapi cuping telinga aku cepat menangkap sesuatu yang sangat enak diumpat.

"Wah! Macam hebat!" Kemudian ada lagi. "Halau je orang macam tu dari ofis ni", "Tak reti hormat orang."

Aku dapat agak mulut siapa yang naik angin, terus aku cuak dan tersentak. Berdosanya aku. Apa aku dah cakap tadi, mampuslah aku lepas ni, sure blacklist!

Persetankan benda macam tu, aku terus sambung ketuk storie dalam keadaan marah, tertekan dan rasa bersalah. Memang aku tak patut cakap begitu. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar, itulah jadinya. Pukul 9.4o malam, siap. Aku hantar kat bos aku.

Kawan-kawan, Jess, Opie dan Ferry masing-masing cuak tengok mood aku yang semacam. Masing-masing tolong dapatkan komen untuk meriahkan Belasungkawa Nasir. Syukurlah...

Gilalah, mampuslah aku lepas ni.....(hanya itu yang berlegar di kepala otak aku)

Sebenarnya aku tertekan! Itu sebab utama. Satu: Artikel kolum aku tak siap-siap lagi. Jam dan menunjukkan pukul 7.45 malam. Bila nak disiapkan akupun tak tahu.
Kedua: Aku juga baru tolong member ofis siapkan news dan dapatkan info.
Ketiga yang sangat menyumbang kepada suhu tekanan aku adalah sikap seseorang yang nganga yang cukup untuk aku hanging satu badan...(aku cukup malas nak mengata orang)
Keempat dan terakhir: Bak kata member ofis aku, teman 'meroks' aku, ini Gelombang Biru! Gelombang Bos Baru atau pendek kata 'gelombang tut..........'

Aku tertanya juga. Betul ke? Kalau betul, ini baru fasa pertama. Macam nak kiamat esok dah dibuatnya

Tapi ada lagi satu bab. Bila semua dah selesai, aku pun nak meroks. Nak keluar dari pintu, bos yang tak pasal-pasal kena tadi macam nak keluar ikut pintu yang sama. Dia sapa aku dengan cara paling diplomasi, aku tiba-tiba rasa hormat pada dia. (nasib baik aku cantik kut) Jadi dia tak laser aku terus ke muka, cuma masuk ke otak.

"Cara awak tadi tak kena, awak siapa. Awak tak ada hak nak bercakap nak berurusan dengan saya, walaupun ada masalah. Awak kena melalui bos awak, diakan ada, apa-apa hal biar dia uruskan, awak buat kerja awak sahaja.

"Sebagai bos, saya malu dengan apa yang awak buat," katanya.

Aku mengangguk sambil mengiakan, mengangguk lagi dan bersuara: "Saya minta maaf, tyadi saya tak tahun macam mana saya boleh terlepas cakap sampai macam tu. Saya tak tahu macam mana nak mintak maaf ngan encik tut...sekarang. Saya mintak maaf," ucap aku (gagap sebenarnya).

Sebenarnya ceritanya panjang dan tak berhenti di situ. Nantilah aku samnbung, aku nak buat storie kolum aku yang tergendala tadi.

"Hari ini sangat dalam sejarah," aku cakap sorang-sorang. Nampaknya aku buat hal balik, dulu masa kat RTM...ala-ala begini juga.

Nantilah aku cerita lagi...
(tapi yang best ada gak yang datang salam, tabik spring kat aku sebab berani melawan dan meminta yang sepatutnya, thanks Wak)

Wednesday, December 10, 2008

popular oh popular

hari ini aku tertarik dengan frasa popular
mengikut kamus dewan popular sama maksudnya dengan digemari atau disukai ramai
kepopularan pula perihal popular atau populariti

semasa di bangku kuliah
dalam subjek teori hubungan antarabangsa yang aku ikuti
pensyarahku seorang berketurunan benggali menarik perhatian aku dan pelajar lain dengan istilah budaya popular...yang melekat dalam memori aku sehingga ke hari ini adalah bukti nyata berhubung budaya popular yang jelas adalah minuman coke
coke cola telah menjejalah minda sedunia
sudah berdekad-dekad coke muncul sebagai air minuman ringan yang paling prominent...sebut sahaja coke
si kecil yang baru mengenal hurufpun tahu, apa itu coke
datanglah jenama lain, pepsi, 7up ke
kuasa coke tetap utuh....

oh...aku minta diri sejenak
sebab ada perkara lebih popular yang perlu dihadap
nanti kusambung lagi dalam bahagian kedua pula...
sebenarnya banyak lagi yang hendak disentuh
kalau tak keberatan, jenguk-jenguklah!