Saturday, December 20, 2008

Antara wawasan, misi atau kegilaan!!!

Gelombang merah sudah datang, larikan diri kalian ke bukit yang lebih tinggi
jangan biarkan diri terpukau menyaksikan satu lagi kekuasaan Tuhan
mungkin itu antara luahan penduduk pesisir yang gementar dengan tsunami yang melanda tidak lama dahulu

Sekarang, aku dan rakan-rakanku berada bukan di pesisir pantai lagi
kalau masih di pesisir, sudah lama aku pecut, lari ke gunung atau hutan belantara
daripada merelakan diri untuk ditelan tsunami lebih aku berlari sepantas angin, memanjat bukit mencari landai untuk tempat berkhemah

Sekarang kami di tengah gelora
hendak ke kiri atau ke kanan
hanya mengharapkan dua tangan dan dua kaki
satu kepala yang cuma ada sepasang mata
sepasang telinga dan dua lobang hidung untuk bernafas
aku mahu berenang
mencari arah mencari kompas
tapi mimpi sajalah...di kapal kertas yang hanyut itulah kami dipaksa bertahan
bertarung membina lebih banyak kapal kertas yang lain
gila!

Begitu ibaratnya, kusut jiwa kepala berdenyut
hari-hari di pejabat kini bukan lagi hari yang ceria
aku bekerja ibarat mayat hidup yang masih dipaksa menyudahkan tugasan
ke mana api ke mana semangat ke mana nyawa
semua direntap oleh si pemangsa yang tidak berhati tidak berperut
si pemangsa yang cuma ada otak geliga
yang digunakan untuk memuaskan diri
kononnya untuk surat khabar
untuk majikan yang tersayang
untuk ego seorang majikan...agaknya

Gila mengila dan sungguh gila
bila agaknya kegilaan sang pemangsa itu akan berakhir
hari ini aku mahu berdoa
berdoa untuk kematian seorang manusia
berdoa untuk kemusnahan seorang majikan
berdoa untuk kejatuhan sebuah koloni
berdoa agar aku dan rakan-rakanku terselamat di bumi yang gersang ini

No comments: