Monday, December 22, 2008

Isi hati tetap isi hati

Hari ini aku diulangkan lagi dengan satu hakikat
hakikat bahawa isi hatikan tetap harus jadi isi hati
bukan isi perut
atau isi buku
bukan isi surat
atau isi blog

untuk sahabatku yang dikecam kerana isi hatinya
aku tumpang simpati
aku kembali mencari pena dan kertas
buat gaya dulu-dulu

dulu-dulu cikguku kata
kalau api kemarahan sedang marak
catatkan sahaja ke atas kertas
tulis banyak-banyak
tulis guna pen merah
tulis besar-besar
kemudian bakar sampai jadi abu
ataupun buat kapal kertas
hanyutkan ke laut biru

aku pilih untuk buatkan kapal kertas
tapi laut tidak kutemui
aku cari longkang besar
kerana aku selalu cari longkang di belakang kelas
untuk menangis kalau aku sakit hati

dulu pernah juga aku tandas
(biasalah kalau ke tandaskan)
tapi ada masanya bukan untuk buang hajat
tapi ada masanya aku lepaskan rasa
gugurkan air mata kesal, marah atau benci
muntahkan segala-galanya
kemudian plushkan (aku tak tahu guna kata BM yang sesuai)
biar air yang membasuh saki-baki
hatiku yang parah
serta daki dan nanah yang membungkam di tekak

hari ini aku diulang lagi dengan satu hakikat
hakikat yang aku sendiri susah nak tangkap
aku cuma mengumpul kudrat untuk teruskan hidup yang azab
ini baru azab dunia...bukan azab akhirat

aku termenung
moralnya, aku kena kuat
saat ini, minit ini, jam ini
esok, lusa dan hari-hari yang akan datang selepas lusa
aku teringatkan dia...
aku mahu pulang!

Saturday, December 20, 2008

Antara wawasan, misi atau kegilaan!!!

Gelombang merah sudah datang, larikan diri kalian ke bukit yang lebih tinggi
jangan biarkan diri terpukau menyaksikan satu lagi kekuasaan Tuhan
mungkin itu antara luahan penduduk pesisir yang gementar dengan tsunami yang melanda tidak lama dahulu

Sekarang, aku dan rakan-rakanku berada bukan di pesisir pantai lagi
kalau masih di pesisir, sudah lama aku pecut, lari ke gunung atau hutan belantara
daripada merelakan diri untuk ditelan tsunami lebih aku berlari sepantas angin, memanjat bukit mencari landai untuk tempat berkhemah

Sekarang kami di tengah gelora
hendak ke kiri atau ke kanan
hanya mengharapkan dua tangan dan dua kaki
satu kepala yang cuma ada sepasang mata
sepasang telinga dan dua lobang hidung untuk bernafas
aku mahu berenang
mencari arah mencari kompas
tapi mimpi sajalah...di kapal kertas yang hanyut itulah kami dipaksa bertahan
bertarung membina lebih banyak kapal kertas yang lain
gila!

Begitu ibaratnya, kusut jiwa kepala berdenyut
hari-hari di pejabat kini bukan lagi hari yang ceria
aku bekerja ibarat mayat hidup yang masih dipaksa menyudahkan tugasan
ke mana api ke mana semangat ke mana nyawa
semua direntap oleh si pemangsa yang tidak berhati tidak berperut
si pemangsa yang cuma ada otak geliga
yang digunakan untuk memuaskan diri
kononnya untuk surat khabar
untuk majikan yang tersayang
untuk ego seorang majikan...agaknya

Gila mengila dan sungguh gila
bila agaknya kegilaan sang pemangsa itu akan berakhir
hari ini aku mahu berdoa
berdoa untuk kematian seorang manusia
berdoa untuk kemusnahan seorang majikan
berdoa untuk kejatuhan sebuah koloni
berdoa agar aku dan rakan-rakanku terselamat di bumi yang gersang ini

Thursday, December 18, 2008

Bos, mintak tolong antar budak news!

"Bos mintak tolong hantar budak news!" Pinta aku dalam nada bersungguh. (Macam bos tu kawan karib aku pula).

Aku sambung lagi: "Bos , kitorang dah tak ada orang ni, saya kena buat Belasungkawa, 2 page, news dah siap dah, cuma encik tut nak mintak bos hantar budak news ke lokasi, saya ngan ferry buat fone call dari ofis, minta komen sesiapa yang berkaitan.
Dia (yang bukan bos akupun sebenarnya, bos nombor 1 aku cuti, yang ada cuma bos no 2) tengok muka aku tersengih-sengih. Senyum, anak matanya seperti berkata 'Ini seorang lagi, apa masalah budak ni, engkau siapa!)

"Macamm inilah, tengok sini. Kerja saya ni siapa yang kena siapkan. Tengok storie-storie ni, tak edit lagi. Nak kena edit ni, budak-budak saya kena ada di sebelah. Mana ada orang (wartawan) lagi. Diorang semua ada kerja," katanya.

Tiba-tiba aku rasa aku kena main. Aku tengok muka dia yang kononnya serius. Aku kata:
"Bos, storie tu kan dah siapkan....(lepas tu aku tak ingat dah apa yang aku cakap dan dalam nada setinggi mana, kemudian aku ingat). Sambung aku: "Storie news sayapun dah siap, tapi bos saya dah siap edit dahpun." Aku terus berlalu tapi cuping telinga aku cepat menangkap sesuatu yang sangat enak diumpat.

"Wah! Macam hebat!" Kemudian ada lagi. "Halau je orang macam tu dari ofis ni", "Tak reti hormat orang."

Aku dapat agak mulut siapa yang naik angin, terus aku cuak dan tersentak. Berdosanya aku. Apa aku dah cakap tadi, mampuslah aku lepas ni, sure blacklist!

Persetankan benda macam tu, aku terus sambung ketuk storie dalam keadaan marah, tertekan dan rasa bersalah. Memang aku tak patut cakap begitu. Ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar, itulah jadinya. Pukul 9.4o malam, siap. Aku hantar kat bos aku.

Kawan-kawan, Jess, Opie dan Ferry masing-masing cuak tengok mood aku yang semacam. Masing-masing tolong dapatkan komen untuk meriahkan Belasungkawa Nasir. Syukurlah...

Gilalah, mampuslah aku lepas ni.....(hanya itu yang berlegar di kepala otak aku)

Sebenarnya aku tertekan! Itu sebab utama. Satu: Artikel kolum aku tak siap-siap lagi. Jam dan menunjukkan pukul 7.45 malam. Bila nak disiapkan akupun tak tahu.
Kedua: Aku juga baru tolong member ofis siapkan news dan dapatkan info.
Ketiga yang sangat menyumbang kepada suhu tekanan aku adalah sikap seseorang yang nganga yang cukup untuk aku hanging satu badan...(aku cukup malas nak mengata orang)
Keempat dan terakhir: Bak kata member ofis aku, teman 'meroks' aku, ini Gelombang Biru! Gelombang Bos Baru atau pendek kata 'gelombang tut..........'

Aku tertanya juga. Betul ke? Kalau betul, ini baru fasa pertama. Macam nak kiamat esok dah dibuatnya

Tapi ada lagi satu bab. Bila semua dah selesai, aku pun nak meroks. Nak keluar dari pintu, bos yang tak pasal-pasal kena tadi macam nak keluar ikut pintu yang sama. Dia sapa aku dengan cara paling diplomasi, aku tiba-tiba rasa hormat pada dia. (nasib baik aku cantik kut) Jadi dia tak laser aku terus ke muka, cuma masuk ke otak.

"Cara awak tadi tak kena, awak siapa. Awak tak ada hak nak bercakap nak berurusan dengan saya, walaupun ada masalah. Awak kena melalui bos awak, diakan ada, apa-apa hal biar dia uruskan, awak buat kerja awak sahaja.

"Sebagai bos, saya malu dengan apa yang awak buat," katanya.

Aku mengangguk sambil mengiakan, mengangguk lagi dan bersuara: "Saya minta maaf, tyadi saya tak tahun macam mana saya boleh terlepas cakap sampai macam tu. Saya tak tahu macam mana nak mintak maaf ngan encik tut...sekarang. Saya mintak maaf," ucap aku (gagap sebenarnya).

Sebenarnya ceritanya panjang dan tak berhenti di situ. Nantilah aku samnbung, aku nak buat storie kolum aku yang tergendala tadi.

"Hari ini sangat dalam sejarah," aku cakap sorang-sorang. Nampaknya aku buat hal balik, dulu masa kat RTM...ala-ala begini juga.

Nantilah aku cerita lagi...
(tapi yang best ada gak yang datang salam, tabik spring kat aku sebab berani melawan dan meminta yang sepatutnya, thanks Wak)

Wednesday, December 10, 2008

popular oh popular

hari ini aku tertarik dengan frasa popular
mengikut kamus dewan popular sama maksudnya dengan digemari atau disukai ramai
kepopularan pula perihal popular atau populariti

semasa di bangku kuliah
dalam subjek teori hubungan antarabangsa yang aku ikuti
pensyarahku seorang berketurunan benggali menarik perhatian aku dan pelajar lain dengan istilah budaya popular...yang melekat dalam memori aku sehingga ke hari ini adalah bukti nyata berhubung budaya popular yang jelas adalah minuman coke
coke cola telah menjejalah minda sedunia
sudah berdekad-dekad coke muncul sebagai air minuman ringan yang paling prominent...sebut sahaja coke
si kecil yang baru mengenal hurufpun tahu, apa itu coke
datanglah jenama lain, pepsi, 7up ke
kuasa coke tetap utuh....

oh...aku minta diri sejenak
sebab ada perkara lebih popular yang perlu dihadap
nanti kusambung lagi dalam bahagian kedua pula...
sebenarnya banyak lagi yang hendak disentuh
kalau tak keberatan, jenguk-jenguklah!

Saturday, November 29, 2008

semangat jepun

aku layan cerita The Last Samurai
tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu
aku jadi terpesona, jadi terpegun

aku kagum dengan semangat orang Jepun
sanggup mati demi bangsa dan negara
kamikazi...itu tagline orang Jepun
sampai sekarang kalau ada budak-budak yang berani mati
akan dengan bangganya cop diri sendiri sebagai kamikazi

kalau dicari semangat kamikazi dalam diri aku
rasanya semangat itu tiada
kalau adapun sukar untuk capai tahap kamikazi
kalau untuk orang yang paling aku sayang mungkinlah
tapi untuk negara rasanya tidak
entahlah, dalam konteks sekarang rasanya aku takkan sanggup mati untuk memperjuangkan negara
hinakan?

inikah anak Malaysia
tapi aku tak malu mengakui hakikat itu
anda semua bagaimana
kalau diminta untuk angkat senapang pergi berperang?
sanggup ke tak?

mungkin perang zaman sekarang sudah tidak perlukan senjata semata-mata
apa yang paling utama adalah akal
intelek adalah pengganti peluru
aku pula....ahhh...masih tercari-cari mana semangat cinta terhadap agama, bangsa dan negara yang dulunya menebal dalam diri
yang melekakan aku bukan keseronokan
bukan juga kemewahan
mungkin kerana masa untuk laburkan cinta terhadap perkara-perkara begitu terlalu suntuk untuk...mungkin

barangkali aku harus sentiasa mengelek secangkir masa
untuk membiarkan emosiku damai
seperti ketika frasa-frasa ini bermain di jari
esok akan kembali lagi
dengan bahasa yang lebih sempurna
selamat malam....

putrisuezz - pantai dalam - 1.14 am

Thursday, November 27, 2008

yoga....haramke?

yoga yang diharamkan
sebenarnya aku malas nak bercakap bab-bab haram ni
tapi tak tahu kenapa apabila bab yoga diperkatakan
aku rasa geli-hati
kesian pak mufti kita kan
(ish jahat mulut pula)
tapi betul, kesian dia. Mesti ada pihak yan mengadu supaya cepat keluarkan fatwa
sedangkan PM dan istana belum keluarkan apa-apa arahan
eh, istana orang tak panggil arahanla
apa-apalah....

tak dijadikan cerita
sekarang kerja pak polisi semakin bertambahlah
daripada menyiasat kes jenayah
sekarang dah kena menyiasat kes yoga pula
dah kena buat siasatan, tanya orang, dapatkan reaksi
mungkin yang berpangkat SB dah melilau di pusat-pusat yoga
kena menyamar dan daftar diri sebagai ahli kelab
ha...sekarang cakap...siapa yang kata polis tak buat kerja?
macam-mana aku tahu...aku tahulah

rasanya, banyak lagi benda haram lain yang pak mufti terlepas pandang
ataupun dah pandang tetapi tak terdaya nak kata apa-apa
itulah Malaysia...
Malaysia oh Malaysia...
kabut lagi serabut...(tapi aku tetap bangga jadi anak Malaysia)

lembab gila bab

Hari ni aku rasa nak menulis sebab jiwa aku kacau
kacau dengan masalah yang sepatutnya wujudpun
aku biasalah
sehari dua hari aku boleh sabar, tapi bila masuk hari ketiga
mulalah darah aku menggelegak
nak melimpah macam lava gunung berapi Krakatoa rasanya

Ini ada kronologi yang buat jiwa aku panas!

Jumaat: Aku ke kaunter TM Point kat Pantai Baru coz dekat dengan rumah, tujuan aku nak daftar untuk masuk internet tapi rumah aku takde telefon rumah soa kau kena daftar telefon rumah. Kira sekaliguslah....ambik pakej combo RM90 sebulan...itu yang terbaik rasanya...Jadi cik kak yang duduk di kaunter pendaftaran tu cakap, akan ambil masa tiga hari, baru akan ada kontraktor datang pasang telefon...gedubuk-gedebak, duit dalam dompet aku RM100 melayang untuk pendaftaran sahaja.
Aku balik rumah dan buat macam biasa, dalam kepala duk berangan minggu depan datapt line telefon rumah, then baru boleh ada internet kat rumah....senang aku nak buat kerja atau buat apa aku punya suka....

Isnin: Ada budak nama Helmi, call. Katanya, dia kontraktor nak pasang telefon...time tu aku dah nak pergi kerja. Okay. Dia datang, katanya dah pasang semua benda kat tempat pendawaian kat bawah. So, aku terima.aa Dia datang belek lebih kurang telefon kat rumah aku, dan tulis-tulis resit. RM30 lagi, untuk kos pemasangan. Janji dia, dalam masa 24 jam, paling cepat petang tu juga talian dah aktif. Aku happy! dan pergi kerja dengan tenang. Semua dah okay dalam kepala aku.
Malam: Balik rumah, terus check telefon. Tak ada apa-apa, bunyi ring tapi engage semacam je....aku sabar.

Selasa: Pukul 10 am aku check telefon, masih tak respon positif. Aku call budak nama Helmi, tu. Dan dia kata nak datang check sekali lagi. Aku terima alasan dia.
Petang: Aku dapat call dari entah sapa entah bilang sama aku, telefon dah okay, ready untuk call in dan call out. Aku tanya dia, how do you so sure? Dia kata, tak ada masalah sebab talian dah aktif. Okay, fine.
Malam: Aku balik rumah, yang hadoo jugak. Masih tak boleh pakai jugak. Aku try call budak Helmi tu, tak angkat. Banyak kali aku cuba, tak ada maknanya. Aku hantar sms, kononnya nak suruh dia call balik dan ala-ala marah sikit.

Rabu: Pukul 9 am, aku tengok telefon lagi, masih tak ada perkembangan positif. Aku call si kontraktor hadoo tu, tapi tak angkat. Aku dah naik marah dah, aku call telekom, mula-mula tapi si kelly clackson yang angkat fone cam barua je...aku mula tekan suara, eh! Dia tekan juga, apa lagi aku terus pecut gear lima, minta dia sambungkan bahagian aduan kerosakan. Tok sah cakap banyak la...kata talian aktif, dah ok...bla...bla...fuck u laaa....masalah kat ground bukan dia fahampun. Ko kerja angkat fone tengok komputer...blah laaa
Tengah hari: Aku call budak Helmi tu guna telefon ofis, dia angkat. Teruslah aku tany, apa yang dia dah buat, ada ambil actio tak..,katanya ibu sawat yang problem, tapi line dah ok. Sure, bila balik rumah aku ah boleh guna telefon tu. Kelentong akulah tu...okay fine...aku sambung kerja. Kena pergi malam opening KLIFF 2008. Pukul 12 malam aku sampai rumah: Check telefon....sekali lagi aku panas biarpun hujan kat KL ni tak berhenti sejak pukul 7 pm lagi.

Khamis: Pukul 9am: Aku dah pasang misi, call pejabat kontraktor yang pasang telefon. Minta usahakan sesuatu. Yang angkat telefon mestilah keranikan, ataupun operator telefon...malas nak cakap apalah. Minta dia call kontraktor Helmi tu...katanya: "Akan saya uruskan kak."
Tengah hari: Aku call dia lagi. Tanyakan tindakan tapi katanya: "Sayapun tak dapat call Helmi, dia cuti hari ini. Kontraktor lain dah keluar buat kerja luar." See....Padan muka dia, tak pasal-pasal kena dengar leteran aku...
Aku call Telekom, terus ke bahagian aduan. Mula-mula cakap elok-elok je...tapi aku bertegas tak marah. Tapi bunyi cam marah juga. Macam-macam aku ungkit. Dah memang lembab. Diorang yang lembab bukan aku.

Nasib baik operator tu baik jeee....tak macam, Kelly Clackson tu...okay je...kena marah pun ok...ok..ok...nak buat report dan take action hari ni juga...
Pukul 12.30 tgh hari...aku gi ofis....pukul 1 tgh hari. Aku dapat miss call dari nombor rumah sendiri...rupanya dah ada kontraktor datang check...dan semua dah beresss...tengoklah, bukan susahpun kan...memang kepakaran diorang ada...tapi lembab je...dan satu lagi buat kerja tak teliti....main buat je...tak pastikan betul-betul...hanging!

Selesai satu bab...bab lain yang timbul...
Ni masalah aku ngan azreen pula...entahlaaa...dalam edisi lainlah aku cerita...

Saturday, November 1, 2008

kawanku bakal bisneswoman

(dia sahabat, kawan dan juga teman kerapkali aku habiskan masa-masa santai bersama atau meroks bersama...)
nama dia B...bukan C atau D
dia ni degil dan keras hati
jika katanya A, A jawabnya. Takkan beralih jawapan lain menjadi B atau C

namanya B...
sejak mengenalinya, aku banyak belajar perkara pelik...perkara yang boleh buat hidup jadi gembira, walaupun seketika....
(jangan salah sangka, kerana kami tak pernah ambil dadah atau jadi GRO)
aku cuma panda berhelah, memberi jawapan berpusing agar tak kena tipu dek lelaki
daripada sikapnya, aku juga belajar, kalau nak hidup panjang....kena suka tidur
tapi bukan tidur dalam kelas...(itu aku masa belajar dulu)

baru-baru ini, sebenarnya dah agak lama, dah hampir sebulan atau lebih rasanya BB berhenti kerja dari tempat kerja lamanya
kalau tak silap dah lebih 6 atau 7 tahun dia kerja di situ
dia berhenti juga sebab hatinya, pemikirannya tak sama dengan majikan dia

memang orang yang ada pemikiran sendiri tak boleh kerja dengan orang lain, aku sedar perkara itu
mungkin aku juga begitu
cuma aku belum cukup kuat untuk berhenti tanpa jaminan kerja lain
apa yang lagi boleh aku buat selain kerja aku sekarang ini

yang menariknya, masa bersembang-sembang...kami selalu cakap pasal bisnes sendiri
nak buka production house dan macam-macam lagi...
dan yang membuat aku bangga, apabila pagi tadi aku diminta beri idea dan pilih nama syarikat yang nak didaftarkanya...bawah nama dia....dengan modal kapital sebanyak...

RM500 ribu bukan sedikit...banyak
untuk orang seperti aku...duit sebanyak itu memang banyak
aku bangga dengan kawan aku seekor itu
walaupun otak gila, degil dan keras hati...dia boleh pujuk bapa saudara dia untuk laburkan modal sebanyak RM500 ribu untuk daftarkan syarikat dan mulakan bisnes...

untuk kawan aku yang bernama BB itu...
ada langit cerah senang menanti langkahmu
aku tumpang gembira
tumpang bahagia
tumpang berdilema sekali lagi ada apa-apa yang tak kena di fikiranmu

aku bangga kerana akhirnya cita-cita aku
untuk tengok kawan sendiri ada syarikat produksi tercapai
yang penting berani untuk melangkah bukan...
semoga true sigma akan sukses....
(projek ciput tak pe....belasah je...janji ada job untuk establishkan nama...)

aku bila lagi...

Wednesday, October 29, 2008

Frasa hidup

Hari ini aku tertarik dengan kata-kata seorang, aku petik dari laman blognya yang bertulis:
"Kisah tragis orang lain sebenarnya adalah prakata kepada ''novel kehidupan'' yang bakal kita lalui".

Bukankah ini frasa yang menarik bukan. Merenung frasa ini aku jadi teringatkan satu kisah. Ia mengenai seorang teman yang pernah kukenali. Tapi gara sikapnya suka mengelak daripada mengaku kesilapan sedang memakan dirinya.

Ya Tuhan, aku tak mahu jadi termasuk dalam kalangan orang begitu...

Tuesday, October 28, 2008

dah lama tak updated.....

sebenarnye...banyak benda yg terlupa dalam fikiran manusia ni kan...
pantang sibuk sikit...terus lupa....
tapi tak pe...tak lama lagi...page blog ini...akan cantik....dan terisi dengan idea baru...
idea dah ade.... tapi tak terluah....
tengoklah suatu masa nanti....akan ku isikan page ini....

Thursday, February 28, 2008

Saturday, February 2, 2008

Loloq - Sang Genius Yang Telah Pergi

Loloq - tiada kata secantik bahasa

Tanggal 30 Januari 2008, tercabutlah ruh dari jasad Rosli Khamis yang cukup mesra dengan panggilan Loloq. Dia telah pergi menyahut seruan Ilahi dan memulakan kelana sebenarnya bertemu Yang Esa. Dan di dunia yang tandus ini, tiada lagi gurau dan canda Loloq selepas ini.

Yang tinggal hanyalah tinggal-tinggalan indah daripada Loloq. Dia Loloq, tiada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya...

Sepuitis doa dan kaseh,kukirimkan untukmu Loloq....semoga ruhmu ditempatkan di kalangan hamba yang beriman....amin


Sunday, January 27, 2008

kisah ajl22

faizal yang kempunan...

dek darah muda yang memuncak, keterujaan berganda Faizal Tahir pernah mencetus kontroversi apabila melakukan aksi meluncur ketika kedua-dua lagunya diumumkan masuk ke final ajl...

itu satu hal..., satu hal lagi, buka baju dan tali pinggang masa konsert 8tv di damansara..., kala itu juga ramai yang bersms berceritakan perihal 'mamat' ni....

esoknya jadi isu besar apabila surat khabar mainkan jadi storie utama, siapa yang hendak dipersalahkan...tanyakan pada diri sendiri...

penjelasan sudah diberikan, mulanya sekadar didenda untuk buat kerja-kerja amal...tidak disangka-sangka, pihak kerajaan pula campur-tangan...lalu penyanyi yang sedang meletop ini diharamkan kemunculannya di mana stesen TV untuk tempoh selama 3 bulan.

8TV pula diharamkan mengendalikan apa jua siaran langsung untuk tempoh berkenaan.....aduh, sungguh menyeksakan bukan? Sehinggakan One In A Million yang tidak berdosa pun terpaksa menbuat siaran rakaman....

Bahang yang paling teruk terkena kepada Anugerah Juara lagu (AJL22), Faizal tidak boleh menyanyikan sendiri 2 lagunya..., ini sejarah baru yang tercatat untuk AJL22. Tidak pernah berlalu sebelum ini, biasanya artis tidak menyanyi sendiri kerana ada kesulitan, beranak atau di luar negeri....atau apa-apa ajelah...

INI SATU PENGAJARAN PALING MAHAL DALAM HIDUP FAIZAL SAMPAI MATI PUN!!!!

Cacatkah AJL22 tanpa Faizal? Rasa tidak, yang cacat adalah rasa di jiwa peminat, peminat yang mahukan Faizal beraksi di malam kejuaran sebenar, bukan di pentas program realiti...

Rasanya, kalau berdasarkan undian SMS, wajarjkah atau tidak wajarkah Faizal beraksi pada malam AJL, pasti keputusannya adalah 'Wajar'.....

Apa-apa pun, apa-apa ajelah...

Monday, January 14, 2008

bila nenek nak masuk AF6

cita-cita anak Malaysia

tinggi gunung telah di daki
lautan luas sudah direnangi
kutub utara dan selatan sudah dijejaki
terjun dari langit ke bumi
seluruh benua sudah diterokai
dan banyak lagilah rekod yang hendak dicapai....

itu semua cita-cita...
malaysia bolehlah katakan...

hahahahahahha.......semua orang ada hasrat....
ada impian....
ada bintang yang hendak dicapai....

bila af6 buat pengumuman
umur 45 tahun layak memohon
maka berpusu-pusulah.....
bapak-bapak orang
mak-mak budak
nenek muda mengisi borang...
beratur panjang...kononnya nak jadi artis

aku bukan tak faham
atau pun malas tak faham
keliru uh! aku keliru...

kenapa perempuan umur 44 tahun...
dah ada cucu pun nak jadi 'budak' AF
kasihan sebenarnya...
masa muda remaja tak sempat...
peluang tiba ketika dah senja...sambar sajalah

biar apa orang kata
pedulikan dan persetankan semua nista
yang penting susah senang aku yang tanggung
(mungkin ini pegangan mereka)

(....sebenarnya ada gambar mereka-mereka yang 'plu' ini dirakamkan....cuma malas nak sertakan kat sini...nantilah...kalau rajin nanti ku uploadkan!)

Monday, January 7, 2008

gelombang baru af6

Ramli MS pengetua, peserta dari usia 18 hingga 45!

Gelombang baru Akademi Fantasia yang menobatkan 'dirinya' program realiti no: 1 di Malaysia, kembali lagi. Kononnya kali ini, AF6 membawa angin yang lebih panas, besar lebih bertenaga. Tetapi bagi sesetengah pihak, mungkin gelombang ini sehebat tsunami atau mungkin juga sekadar angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup mendinginkan petang yang indah....apa-apa pun, pandangan tentang AF berbeza bagi setiap individu.

Sebagai pemerhati, tentunya AF6 sekadar satu tradisi Astro, meneruskan program cari makan mereka untuk dinner kepada setiap pelanggan Astro dan peminat AF itu sendiri. Setiap pengisian dan suntikan kelainan yang diisi pula adalah usaha Astro sebagai penyedap makanan yang ingin disajikan.

Musim ini, Astro membuka peluang kepada peserta matang, bukan lagi terhad kepada yang berusia 18 hingga 27 tahun, tetapi 45 tahun. Satu keputusan luar biasa untuk musim ke-6 ini.

Tahun ini, pengarah muzik berasal dari Singapura, Ramli MS sekali lagi dijemput sebagai Pengetua AF. Apakah ini sekaligus menobatkan AF2 (yang diterajui Ramli dulu) sebagai musim terbaik AF sebelum ini. Semuanya terserah kepada anda!

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah tahun pertama (selepas AF2) Ramli ditawarkan sebagai pengetua!. Mungkin, cuma pada 2008, Ramli ada kelapangan masa....Berapa agaknya 'harga' Ramli untuk musim ini...ke mana pula komposer-komposer bertauliah pribumi Malaysia? hahaha....ini bukan isunya lah....bukan Ramli seorang anak Singapura, M. Nasir dan Ramli Sarip..,semuanya kelahiran Kota Singa bukan?

Thursday, January 3, 2008

filem baru minggu ini...

Ini filem yang baru aku tengok, 3 Januari 2008...

The Game Plan...citer lucu tetapi menarik....pernah tengok citer Vin Diesel jadi pengasuh dalam The Pacifier...ala-ala filem tu la nie...

Kalau Vin Diesel seorang leftenan tentera yang ditugaskan menjaga keselamatan anak-anak ketuanya yang mati dalam satu misi, kali ini, The Rock pula menjadi seorang bintang Amerika Football, Joe King The Kingman terkenal yang terpaksa menjadi bapa secara 'terpaksa'.

Hidup bujang dan privasi Joe terganggu apabila secara tiba-tiba didatangi gadis kecil, Peyton yang mengakui sebagai anaknya, daripada bekas isterinya, Sara.

Tak nak citer lebih-lebih, nanti hilang syok bila nak tengok sendiri nanti bukan!

atur hidup dalam the game plan





Kisah Kad Kelelakian The Rock


Filem ini simple, mudah dan senang. Mudah sekali filem ini menjadikan hati sesiapa tertawan, tersentuh, tertawa dan terharu dek keluhuran kasih sayang dan kejujuran yang dipaparkan. Seorang isteri sanggup meninggalkan suami, menyembunyikan kewujudan anak perempuan mereka daripada pengetahuan suami kerana tahu, suaminya terlalu pentingkan karier. Anak bagi lelaki sebegitu tidak ubah sekadar penghalang meraih kejayaan. Itu pendapat isterinya.

Tetapi si anak pula mewarisi kedegilan dan semangat si ayah, keras semangat dan mahu menawan semula hati ayahnya. Dia mendapat jalan apabila 'ibunya' bertugas ke luar negara dan dia dihantar ke tempat penjagaan sementara, ke rumah ayahnya, The Kingman (The Rock).

Lucu dan banyak insiden yang tidak terjangka dan pasti sukar untuk seorang bintang di padang Amerika Football untuk menguruskan seorang budak perempuan Peyton yang berusia 8 tahun.

Daripada seorang lelaki yang sukakan hiburan, wanita dan teman-teman, Joe The Kingman harus 'taat' pada permintaan gadis kecil, Peyton yang tiba-tiba sahaja menjadi perkara paling istimewa dalam hidupnya. Dan dari satu-satu dunianya, bolasepak! Joe menjadi lebih terbuka terhadap dunia lain, ballet misalnya...bayangkan si badan besar The Rock menari ballet...

(by divakampung 3jan08)
















kala malam bulan mengambang




KMBM Sebuah Filem Noir: Filem Klasik Generasi Urban

Mamat Khalid yang sudah layak rasanya bergelar pengarah prolifik ini, terbaru muncul dengan sebuah karya yang dilihat telah mencetuskan kelainan dalam industri sinema Malaysia. Ini filem kelimanya, selepas Lang Buana, Man Laksa, Rock dan Zombi Kampung Pisang.

Mengenakan judul Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM), sekali dengar, ia tidak lebih sekadar sebuah cerita seram seperti kebanyakan yang berselerak di pasaran.
Sekiranya ada, buangkan jauh-jauh pandangan skeptikal anda terhadap karya Mamat Khalid kerana KMBM ini, bukti Mamat bukan seorang pembikin filem yang ‘kosong’ sebaliknya ‘sarat muslihat’.

Kreativitinya tidak terhalang oleh kritikan yang sebelum ini menggelarkan filemnya sebagai mengarut dan cacar-marba.Di tangan pengarah yang cukup terkenal dengan filem genre komedi ini, KMBM hadir sebagai filem Melayu klasik hitam-putih yang pertama sejak sinema tempatan meninggalkan jalur filem sedemikian pada era Studio Jalan Ampas dan Studio Merdeka, 33 tahun lampau.

Lebih mengujakan, Mamat memilih bentuk penyampaian jenis 'neo-noir' (meniru gaya noir) sebagai ‘wajah’ KMBM.

Dalam kamus filem, noir adalah satu istilah filem era hitam-putih. Ia bukanlah satu genre filem tetapi dikaitkan dengan bentuk penceritaan yang sarat elemen gangsterism, jenayah, misteri dan penyiasatan, biasanya dalam filem-filem klasik Hollywood sekitar 40-an hingga lewat 50-an.

Noir juga membawa perbezaan stail penyampaian dari segi visual, struktur dan gaya naratif, plot, watak-perwatakan dan set yang digunakan serta unsur kritik sosial atau moral yang disampaikan dalam nada berlainan. Ia juga amat berbeza dari segi ton warna dan berperwatakan sinikal.

Sebelum ini, sarjana filem, Dr. Anuar Nor Arai pernah mengarahkan naskhah berjalur sedemikian melalui filem independen Johnny Bikin Filem. Tidak berjaya diketengahkan kepada khalayak, Dr. Anuar mementaskan pula Ronggeng Rokiah, satu-satunya teater noir di Istana Budaya tidak lama dahulu. Itu antara karya tempatan yang paling dekat untuk memperkenalkan filem noir kepada khalayak.

Menelan bajet RM1.5 juta, filem yang melakukan penggambaran di sekitar Lembah Klang dan Tronoh, Perak Februari lepas ini menurut Mamat, telah menempuh kesukaran dan tahap kreativiti berbeza, yang tidak pernah dirasai sejak pembabitan dalam perfileman.

“Kebanyakannya dalam soal teknikal. Paling teruk adalah dari segi pencahayaan. Semuanya kena kembali kepada teori, kami mahu menghasilkan warna hitam putih yang asli, jadi harus menggunakan stok filem yang khusus. Ujian juga dijalankan agar visual yang terhasil nampak autentik,” jelas Mamat selepas pratonton KMBM di ibu negara, Khamis lalu.

Dari segi set dan lokasi, banyak set dalam studio, seperti rumah banglo, kabaret, hotel dan gerabak keretapi dibina semula untuk mendapatkan 'look and feel' filem klasik seperti yang biasa ditonton menerusi filem-filem P. Ramlee.

“Kami juga 'mengadakan' sesuatu yang tiada. Tata rias dan kostum juga harus mengikut era 1950-an. Saya ingin mengikut jejak pengarah zaman Jalan Ampas dulu, ketika era perfileman tidak kenal lagi apa itu CGI (imej janaan komputer). Saya mahu membuat efek sendiri menggunakan kreativiti tanpa bantuan grafik komputer," tegasnya mendedikasikan KMBM terhadap karyawan dan seniman filem Melayu terdahulu yang telah meninggalkan khazanah agung untuk tatapan hari ini.

Mengembalikan ‘darah’ filem Melayu klasik ke dalam KMBM, Mamat secara bijak menggerakkan filemnya secara natural baik dari segi naratif, semangat mahupun rasa.
Semuanya bagaikan sebuah karya klasik yang sempurna dari segi latar, gaya pertuturan, ekspresi dan gerak lakon, teknik suntingan, kostum serta muzik.

Dan sebagai melengkapi asas filem noir itu sendiri, mesti ada watak perempuan cantik yang menjadi femme fatale. Dalam KMBM, watak femme fatale ini dijayakan tiga heroin sekali gus iaitu Umie Aida, Corinne Adrienne dan Avaa Vanja. Pendokong utama KMBM pula dilakonkan aktor versatil, Rosyam Nor.

“Memang awalnya saya mencipta watak Saleh untuk Allahyaraham Hani Mohsin, tetapi Allahyarham tidak sempat bersama kita. Tidak dapat dinafikan, kedua-dua nama ini ada personaliti tersendiri, tetapi persembahan Rosyam telah melebihi apa yang saya jangkakan,” puji Mamat.

Menaruh harapan yang tinggi terhadap karyanya kali iniMamat: "Selain hiburan, saya mengajak khalayak tempatan menghargai filem ini dari sudut yang lebih berseni, terutama dari segi pembikinan filem zaman dahulu.”

Tambahnya lagi: “Jika ada penonton yang berjaya mengesan subplot dan subteks yang ingin saya sampaikan, itu bonus buat mereka. Rasanya penonton sekarang sudah bijak.”
Sementara itu, penerbit eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai optimis pelaburan yang dibuat untuk KMBM akan menjanjikan pulangan walaupun agak berisiko.

“KMBM bukan filem noir tulen yang berat dengan tema yang serius seperyi di barat. Kami tidak fikir hanya kerana ia sebuah 'filem lama' penonton tidak mahu ke panggung. Dengan jalan cerita menarik, para pelakon hebat dan pembaharuan yang dibawakan, filem ini memenuhi cita rasa audiens masa kini.

“Pendek kata, ini sebuah filem ‘lama’ dan ‘baru’ yang dapat memenuhi permintaan semua,” beritahu Gaya.

Filem KMBM yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 Januari ini turut dibarisi pelakon-pelakon handalan lain seperti Soffi Jikan, Bront Palarae, Farid Kamil, Mohd Hitler Zami, kartunis Soya, Adam Corrie dan David Teoh.

Tidak ketinggalan, veteran filem Melayu, Kuswadinata serta Ruminah Sidek turut diberi penghargaan menyuntik elemen klasik ke dalam KMBM.

SINOPSISKala Malam Bulan Mengambang (KMBM) merungkai misteri kehilangan pemuda di pekan Senduduk Rimbun pada setiap kali purnama menjelang. Misteri bermula apabila tayar kereta Salleh, seorang wartawan yang baru dipecat, tertusuk oleh rangka tangan yang sedang memegang sebilah keris. Saleh terpaksa menghantar keretanya ke bengkel Jongkidin (Farid Kamil) dan bermalam di pekan itu. Sepanjang berada di pekan Senduduk Rimbun, Saleh menyedari penduduk pekan itu seakan-akan ingin mengusirnya dari situ, Salleh pula semakin menghidu misteri yang menyelubungi pekan itu.

Walaupun sudah dipecat tetapi naluri kewartawanan yang sangat kuat dalam dirinya menyebabkan Saleh bertekad menyelesai dan melaporkan kejadian misteri yang berlaku dengan harapan dapat meraih semula kepercayaan daripada majikannya.

Penyiasatan Saleh menemukan dia dengan Che Putih (Umie Aida) wanita misteri yang mencuri hatinya, Miss Rogayah (Avaa Vanja) yang mengajaknya berkahwin dan Dorren Chua (Corinne Adrienne) yang kelihatan seperti musuh dalam selimut.

by divakampung (publish at kosmo! on 2 Dis 08)

malam tahun baru yg biru

kerana yang pertama
maka ia diraikan penuh gala
sebenarnya, yang paling utama bukan detik pertama
tetapi hari-hari yang telah dan bakal ditempuhi
pastikan ianya diisi dengan titik-titik yang penuh makrifat
bukannya ceritera kosong yang dihitung bersama angin

malam tahun baru
ada warna yang terpercik di angkasa
bukan dari tuhan
bukan dari hujan
bukan dari bintang
bukan dari langit
tetapi daripada bedilan manusia
yang mahukan malam jadi meriah

untuk apa
untuk melekakan anak-anak muda yang keluar berseronok
untuk buktikan pada dunia bahawa Malaysia aman tanpa bala
untuk kepuasan pemimpin negara
untuk kegembiraan sementara
itukah simbol peradaban kita
itukah tandanya kita bakal sejahtera
divakampung@3dis08

Tuesday, January 1, 2008

kata faisal tehrani tentang Anak Halal




Anak Halal: 'Godless & Hopeless'

Begini, kesenian Melayu-Islam yang menjadikannya indah ialah kerana bentuk, kemudian kandungannya, dan kemudian rasa yang dijambatani oleh kita dan semua hal tersebut dijalin oleh faedah dan manfaat.

Nah, faedah dan manfaat itu yang mustahak. Tikar mengkuang sekali pun, kain batik sekalipun meski diciri oleh estetika yang menakjubkan akhirnya mesti dicipta untuk memberi faedah. Kain batik yang cantik tetapi dicipta untuk tidak memberi faedah maka ia sia-sia.Begitu jugalah karya sastera, atau karya filem.

Mengambil kira 50 tahun merdeka, semua dari kita ingin kembali kepada jatidiri sendiri. Mahu merdeka dari kejahilan dan kebatilan serta kebodohan yang pernah dipantakkan kepada kita dulu. Filem juga mesti kembali kepada keindahan bentuk, kandungan, rasa dan mesti berfaedah.

Anak Halal sebuah filem yang sia-sia. Pembikinannya sia-sia, terlibat dalamnya sia-sia. Hasilnya juga sia-sia. Justeru menontonnya juga sesuatu yang lagha.Tetapi untuk mereka yang tiada Tuhan, filem 110 minit dengan adegan rogol, peluk sana sini (ingatan: dakap dan gomolnya jauh lebih ganas dari Gubra!), main dadah (kononnya untuk tunjukkan dadah itu memusnahkan tetapi penonjolan dadah itu sendiri menghairankan kita!), adegan berkemban dan tak pakai baju, rempit dan kemungkaran, gangsterisme, bunuh-membunuh, adegan separuh Hindraf (iaitu ganas tidak bertempat), serta pagi tanpa subuh berleluasa di sana sini tentulah mereka gemari.

Ingat; kerangka yang saya guna ialah bukan kerangka bentuk, kandungan dan rasa lagi, kerangka yang saya gunakan disini ialah sebagai 'ciptaan Tuhan yang mencipta' kita melakukan sesuatu semuanya untuk memberi faedah, lagi bermanfaat.Tidak pernah saya menonton filem seburuk ini.

Rasanya Nana Tanjung 10 kali lebih senonoh dari filem batil ini. Malahan kata teman saya, menonton Impak Maksima 20 kali pun lebih baik dari menonton kisah gila ini. Betul, Anak Halal sebuah filem yang sedang ditayangkan di panggung kala ini adalah sebuah filem yang tiada jatidiri. Sesekali macam berkiblatkan Hong Kong, sesekali pula macam berkiblatkan Bollywood, ada sentuhan macam nak jadi Indonesia, juga macam nak jadi Hollywood dan disuntik sana sini pesan yang kononnya bermaruah iaitu supaya jangan hancurkan anak bangsa dengan dadah. Kecelaruan identiti begitulah kesimpulannya.

Aspek naratif? Hancur bersepai! Plot filem ini lemah dan kelam kabut serta tiada arah. Watak dan perwatakan mendatangkan geli geleman dan dialog tidak lojik seperti ingin hidup di Zuhal atau ingin terbang ke Kejora diucapkan demi memberi sentuhan artistik. Puitis la konon!

Pengalaman membaca dan membimbing cerpen pemula dari budak-budak Minggu Penulis Remaja, macam itulah jalan cerita dan plot filem ini. Plot macam budak tak pernah belajar menulis. Penuh dengan klise (anak orang kaya mesti tak cukup kasih sayang!), formula karut (zina, penagihan dadah dan penderitaan ala Bersama-Mu untuk menagih simpati dan tangsian penonton), serta melankolia geli anak tekak (seperti adegan cinta yang busuk).

Eloklah pengarah-pengarah filem kita masuk berkursus dulu, masuk berkursus penulisan dengan Saharil Hasril Sanin pemenang Hadiah Sastera Berunsur Islam DBP pun tak apa. Upah Saharil mengajar apa itu logos dulu kalau pun tak kenal erti ethos.

Begini, sebab dan akibat yang lemah itu biar saya huraikan, (ingat dari segi naratif filem, plot yang bodoh, tidak lojik dan merapu adalah bukti kelemahan sesebuah filem): Hisham seorang penjenayah telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam, seorang perempuan gila di jalanan. Hisham telah ditangkap dan dipenjarakan. Mariam membesarkan bayi tersebut (Putra) dalam kemelaratan. Tinggal di kawasan kumuh yang kusam, berjirankan Bu Leha dan anak perempuannya, Johanna. Dari zaman kanak-kanak, Putra dan Johanna bersahabat rapat.

Selepas Mariam diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putra dibesarkan oleh Bu Leha. Putra dan Johanna membesar menjadi remaja jalanan. Putra bertugas di sebuah kedai potong, sementara Johanna dan ibunya berniaga di Pasar Chow Kit.Huraian Pertama: Cerita dengan watak kerdil akan mengakibatkan pemikiran yang dihantar juga kerdil. Watak kerdil tak pernah dapat berfikir besar, sebab itulah bila Mariam merindui Putra, dia berangan nak terbang ke bintang Kejora (dengan air mata bertakung). Memang menyampah dan meluat betul. Kerana itu jugalah kita lihat watak-watak ini duduk dalam lingkungan kemungkaran dan tak pernah mahu keluar darinya.

Tak cukup-cukup ke filem Melayu atas nama realisme (yang konsep dan falsafahnya menyalahi Islam itu) menonjolkan realiti seperti pelacur, rempit bohsia, penagih dadah? Tak cukup-cukup ke? Korang yang tengok tak muak-muak ke?Lebih keji, lebih tiada Tuhan ialah apabila voice over di hujung filem ini menyatakan - setiap manusia ada takdir sendiri - cis biadab! Seolah-olah keadilan Ilahi dicabar dalam filem ini.

Watak-watak yang tiada harapan ini menyalahkan Tuhan pula. Kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka hisap dadah, kerana Tuhan dah takdirkanlah mereka jadi pembunuh dan penjenayah, kerana Tuhan dah takdirkanlah maka mereka berpeluk bercium tak sudah-sudah. Kerja menyalahkan Tuhan ini menunjukkan pengarah-pengarah filem di Malaysia tak faham agama Islam.Sewaktu mengajar di Sekolah filem UiTM dulu, sewaktu mengajar Farid Kamil dulu saya pernah mencadangkan supaya sekolah filem mengajar subjek agama dan subjek sastera tradisional.

Tujuannya supaya tak ada karyawan filem buat drama sia-sia dan penuh dengan sundal macam Spa-Q, atau supaya tak buat cerita hantu dan mengagungkan khayal serta khurafat, atau tak buat skrip macam Jelatang yang di akhir setiap episod penulis skrip berpesan supaya kita bertaubat (dia yang buat cerita tak senonoh kita pula disuruh bertaubat!).

Dan supaya mereka kenal jati diri bangsa menerusi hikayat lama seperti Sulalatus Salatin. Tetapi cadangan itu dipandang sepi. Malah diremehkan dengan kata-kata 'nak jadi tukang filem buat apa belajar agama'. Begitulah kalau sudah tak kenal hukum. Disiplin apa pun kembali kepada Tuhan. Kaji alam macam bidang geografi pun akhirnya dapat jumpa Tuhan, patutnya begitulah juga dengan dunia filem.Ini satu hal yang menyesakkan, sekolah filem di UiTM, sekolah filem di Aswara, sekolah filem di USM dan UM mesti menyediakan asas pemikiran bangsa dari awal lagi.

Sila jemput Mufti Perlis yang banyak kepandaiannya itu untuk mengajar karyawan filem yang tak ada arah ini, ajarkan mereka doktrin Inna lillah wa Inna ilaihi Rajiun. Ajarkan juga konsep min aina, fi aina dan ila aina. Sebab pengarah filem dan pelakon filem pun ada Tuhan dan akan mati satu hari nanti. Sekolah filem kita mesti mengajarkan rukun iman. Ini tidak, karyawan filem kita buat filem macam tak kenal adanya hari kiamat! Astaghfirullah, karyawan seni kita makin tak ada Tuhan ke?Kalau tak, pengarah filem kita akan buat kerja sia-sia lagi. Dan duduk dalam putaran keji yang serupa. Kemudian sesama mereka akan ampu dan angkat sesama sendiri. Syok sendiri.

Huraian Kedua: Johanna membesar sebagai seorang gadis tomboi, dalam diam menyukai Putra. Tetapi Putra pula jatuh cinta dengan Amiera, anak orang kaya yang dikenali mereka secara kebetulan. Amiera walaupun disaluti kemewahan tetapi hidup dalam kesunyian. Mereka sering melepak bersama. Mereka bahagia hidup dalam dunia mereka sendiri.Lihatlah stereotaip yang tidak pernah bebas dari filem Melayu. Sebab dan akibat yang sama tak sudah-sudah, langsung tiada kreativiti.

Tolonglah beri anjakan paradigma sedikit wahai orang filem!

Huraian Ketiga: Erzan salah seorang rakan mereka, sedang dibelenggu masalah hutang dengan along dan diugut supaya melangsaikannya segera. Suatu hari ketika sedang melepak dan tergedik-gedik di kelab malam, mereka ditangkap dan ditahan di lokap (maka ada alasanlah untuk hero-hero filem ini ditampilkan dalam adegan tak pakai baju dan hanya pakai boxer) .Bapa Amiera begitu marah dan tidak membenarkan Amiera keluar dari rumah. Amiera yang tertekan (memang macam cerpen yang biasa editor Dewan Siswa reject!), disamping ketagihan dadah telah melarikan diri. Amiera bertemu Erzan. Mereka sama-sama khayal dengan dunia dadah mereka. Keesokannya Putra yang terjumpa mereka berdua telah naik angin. Amiera melarikan diri.

Setelah puas mencari, Putra bertemu Amiera dalam ketagihan yang amat teruk. Amiera minta Putra membawanya ke tempat dia sering mengambil bekalan, di Kg. Kayu Ara. Putra bersetuju kerana dia mahu tahu tempat dan orang yang telah merosakkan kawan-kawannya itu.Jeng-jeng orang yang merosakkan kawan-kawannya ialah bapanya sendiri, yang sudah keluar dari jel.

Tak ke klise! Macam filem Tamil, malah filem Tamil pun sudah jauh lebih bermutu.Kemudian untuk menambah rasa jengkel kita, Amiera yang sedang khayal dek dadah di bumbung flat tempat Putra tinggal telah mengejar bunga api dilatari KLCC lalu jatuh dan mampus di situ juga dalam hujan yang lebat.

Inilah kemuncak tiadanya moral dalam filem Melayu, sangat hadhari sifatnya.Putra yang bertambah marah dengan kesan dadah ke atas kawan dan kekasihnya telah membawa geng untuk bergaduh dengan kumpulan along, maka jadilah adegan ala-ala The Departed atau Young and Dangerous yang merepek merapu.Kemudian plot menjadi seperti filem Bangla semula, Putra nekad ke Kg. Kayu Ara mahu membunuh mereka yang terlibat. Niat Putra terlaksana apabila dengan mudah dapat membunuh Hisham, ketua kumpulan pengedaran dadah tersebut. Tiba-tiba muncul wanita tua yang sekian lama dirindui Putra, Mariam. Selama ini rupa-rupanya Mariam telah dijaga oleh Hisham, dan mereka berdua tidak pernah berputus asa mencari Putra. Oh Putra membunuh atau terbunuhkan bapanya sendiri.

Oh sedih-sedih, penonton dipaksa bersedih. Saya kira inilah naratif filem yang paling memperbodohkan penonton pernah saya tonton.Bunuh sana sini dalam filem ini kita pun tertanya, polis Malaysia yang cekap itu di mana, di hujung barulah muncul polis dengan kereta peronda. Saya kira filem ini juga menghina slogan cepat mesra betul polis. Kasihan polis. Padahal polis di Malaysiakan cekap dan baik? Sampai hati kutuk polis diam-diam begini.

Kerja seni bukan kerja setakat menyusun bentuk, mengisi kandungan dan menampilkan rasa. Kerja seni macam mesin basuh juga mesti memainkan peranannya. Setakat mahal, nampak bergaya dan penuh estetika tetapi tiada fungsi itu namanya tak berguna, dan benda tak berguna adalah sia-sia.

Kembali kepada voice over Putra di akhir filem yang menyalahkan takdir tadi, inilah kesesatan sekolah pemikiran hasil daripada ketidakfahaman terhadap konsep keadilan Ilahi. Ini kesan kerana ustaz-ustaz kita dari dulu asyik mengajar sifat 20 dan ini kesan kerana ustaz balik dari Madinah dan Jordan kebanyakannnya bertengkar tahlil itu bid'ah ke tidak, ada filem macam gampang; tak siapa pun peduli.

Agamawan kita seronok nak bid'ahkan orang, mungkar tertonggok depan bijik mata buat tolol. Mengapa harus dikritik golongan agamawan pula? Kerana ulama sepatutnya memimpin dan menjadi sentral dalam kehidupan khususnya aspek budaya seperti yang dilakukan wali songo. Agamawan yang mandul dan diam sama sahaja malah setara dengan karyawan seni yang mungkar. Syaitan bisu.Wahai pengarah filem, kalau ya pun mahu berjaya di peringkat internasional dan menang di pesta filem antarabangsa janganlah hina diri sendiri.Filem kita tak akan mampu menandingi filem Barat dari segi teknologi.

Dari segi kandungan dan bentuk serta rasa, kita punya tafsiran sendiri-sendiri (untuk mereka yang tiada Tuhan tentu berbeza dengan yang ada Tuhan), tetapi dari segi faedah dan manfaat, kitakan Melayu-Islam, faedah dan manfaat itu kembali kepada tauhid, kepada Nabi, kepada keluarga baginda.

Sebab itu sekolah filem kita mesti mengajar epistemologi. Kenal kamera sahaja tak memadai. Kamera tanpa Tuhan adalah kerja sia-sia.

Harap Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen dan Dr Abu Hasan dapat pertimbangkan. Kamera harus bersekali dengan Tuhan. Itulah yang menjadikan kesenian kita berbeza dengan kesenian Barat dan bukan Islam, iaitu kita tidak habis setakat bentuk, kandungan dan rasa sahaja, ada lain di sebalik itu semua.

Itulah kelainannya.Godless dan Hopeless tema yang sesuai untuk Anak Halal (tema ini berturutan sejak Bukak Api, Puaka Tebing Biru dan terbaru filem ini). Mesej besarnya, kalau hisap dadah tak apa, ini kerja takdir, Tuhan dah takdirkan untuk hisap dadah jadi nak buat macam mana. Atau kalau nak melacur pun melacurlah, dah takdir. Nak buat macam manakan?

......INI CATATAN OLEH FAISAL TEHRANI....SEBAGAI PEMBACA, PEMERHATI, PEMINAT FILEM DAN JUGA PENULIS, SAYA BEGITU TERTARIK DENGAN PANDANGAN 'JUJUR' FAISAL......BAGI AKU, DUA MANUSIA INI BERBEZA FALSAFAH TENTANG HIDUP TENTANG DUNIA DAN TENTANG SENI.....

Tinggalkan 2007














Detik 2007 di hujung tanduk....
Sampai di sini ombak 2007 menghempas pantai kerana esok, matahari 2008 pasti bersinar
tapi kenapa manusia begitu yakin untuk sekali lagi meneguk nafas tahun baru
sedangkan manusia sendiri tahu
dunia ini tidak pernah akan kekal tanpa bencana
setiap ketika, alam ini diancam petaka
kalau bukan bala dari langit
bencana lahir dari kerakusan penghuni bumi...