Thursday, January 3, 2008

atur hidup dalam the game plan





Kisah Kad Kelelakian The Rock


Filem ini simple, mudah dan senang. Mudah sekali filem ini menjadikan hati sesiapa tertawan, tersentuh, tertawa dan terharu dek keluhuran kasih sayang dan kejujuran yang dipaparkan. Seorang isteri sanggup meninggalkan suami, menyembunyikan kewujudan anak perempuan mereka daripada pengetahuan suami kerana tahu, suaminya terlalu pentingkan karier. Anak bagi lelaki sebegitu tidak ubah sekadar penghalang meraih kejayaan. Itu pendapat isterinya.

Tetapi si anak pula mewarisi kedegilan dan semangat si ayah, keras semangat dan mahu menawan semula hati ayahnya. Dia mendapat jalan apabila 'ibunya' bertugas ke luar negara dan dia dihantar ke tempat penjagaan sementara, ke rumah ayahnya, The Kingman (The Rock).

Lucu dan banyak insiden yang tidak terjangka dan pasti sukar untuk seorang bintang di padang Amerika Football untuk menguruskan seorang budak perempuan Peyton yang berusia 8 tahun.

Daripada seorang lelaki yang sukakan hiburan, wanita dan teman-teman, Joe The Kingman harus 'taat' pada permintaan gadis kecil, Peyton yang tiba-tiba sahaja menjadi perkara paling istimewa dalam hidupnya. Dan dari satu-satu dunianya, bolasepak! Joe menjadi lebih terbuka terhadap dunia lain, ballet misalnya...bayangkan si badan besar The Rock menari ballet...

(by divakampung 3jan08)
















No comments: