Tuesday, November 9, 2010

puisi pendek

kenapa hati tak pernah puas
rasa tak pernah lepas
jiwa tidak terbilas
cuma hanya akal yang sering berkias
jasad boleh punah oleh angkara iri yang terlipat
batin terperuk dalam gundah penuh ralat
kenapa. (titik tanpa noktah)

Sunday, November 7, 2010

aku mahu kamu

jika menyintaimu satu derita, aku mahu
dan hatiku lebur kerna kamu, aku juga tahu
cukuplah untuk malam ini, rindu yang bertamu
pergilah, jengahi dia wahai sang bayu
hanya itu penyambung rasaku
ya, aku mahu kamu
dan kamu tak harus tahu
aku jadi malu.

Friday, October 29, 2010

tamat untuk minggu ini...

aduhai
aku bukan si luncai yang terjun dengan labu
aku setakat penulis yang makan gaji
yang hampir bunuh diri setiap kali dateline mengejar
tapi taklah macam mangsa-mangsa gunung merapi yang meletus di jogja

untuk minggu ini, aku isytiharkan kerja aku sudah tamat
halaman terakhir kisah siti saida taruddin malu nak beri kenyataan pasal bercerai
baru sahaja siap dibikin lay out oleh hezrie
cantik lay outnya, pasti lepas ni ramai yang berkenan kat saida itu
walaupun dari rahim pernah terlahir empat cahaya mata
itu kata aku lah, bukan kata orang lain

jadi, hukum moral zaman sekarang
ibu orang ke, bini orang ke, ada sesiapa kisah
kalau dia suka dia goda juga
eh, tiba-tiba
aku nak tukar statement lain pulak
ada empat ke, anak 10 ke, tak ada anak ke
kalau nak bercerai bercerai juga
tak apalah, itu nasib orang
nasib sendiri belum tahu lagi

yang penting hukum aku untuk minggu ini sudah selesai
hukum minggu depan terkangkang lagi...
kerja berdateline weekly kadang-kadang seronok
tapi selalu resah....
itu yang indahnya jadi wartawan hiburan
bila artis mahukan wartawan, satu panggilan telefon atau sms sahaja
pasti wartawan akan respons
tapi bila wartawan mahukan artis 'yang tengah panas'
panas hati jadinya! telan sahaja.....

Thursday, October 28, 2010

Antara anugerah dan kecaman FFM23


Melankolik sebuah festival

Politik dalam penjurian dan lobi-melobi dalam mencapai sebuah keputusan rasmi yang telah tertulis, itu antara igauan yang yang masih menjadi ralat penganalisis, karyawan serta peminat tegar filem tanah air tatkala mengenangkan percaturan Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Ahad lalu. Festival yang dinanti-nantikan itu ibaratnya hilang sinar berganti sirna! Barangkali juga antara jenaka terhebat sebelum 2010 menutup tirai.

Festival tahun ini disifatkan festival paling janggal dalam sejarah FFM yang telah dimulakan sejak 1980. Ia tidak membuahkan banyak harapan dan lebih teruk lagi perca-perca idealistik sedang ingin bercantum membentuk rangkaian revolusi filem Malaysia yang berjiwa besar, ada yang terputus dan hancur berkecai.

Tidak terlalu kejam apabila kedaifan yang diperkatakan ramai, luahan-luahan hati pencinta filem bahkan akbar harian terhadap kemarau FFM13 mungkin berpunca daripada politik dan terlepas pandangan di pihak juri.

Ke mana perginya serangkap kata hikmat yang sering menjadi modal cendekiawan berbahas, ‘lihatlah dari mata burung bukan lihat dari mata tempurung’. Hakikatnya, filem-filem terbaik yang ditayangkan di depan mata khas untuk bahan penjurian baru-baru ini kelihatan tidak mampu diperhalusi sang cerdik pandai yang diangkat hakim kepada mahkamah tahunan industri filem Malaysia.

Jika ada yang memulaukan sistem keadilan sesebuah institusi kehakiman, sepertinya juga sistem penjurian festival filem negara ini sedang dipulau oleh kebanyakkan penganalisis, pembikin dan peminat filem itu sendiri. Jika tidak masakan ramai lagi pembikin serta bintang besar tanah tidak ingin menjenguk ke Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Alasan di lokasi penggambaran atau ke acara lain sekadar ayat untuk berdalih.

Kepada penerima trofi, pastinya FFM23 mencetuskan momen paling bahagia. Tahniah untuk trio adik-beradik kumpulan KRU, Edry, Norman dan Yusry Abd Halim yang menang besar termasuk menggondol anugerah Filem Terbaik hasul magis yang tercipta menerusi filem muzikal mereka, Magika. Seikhlas puji dan setinggi tahniah juga juga kepada penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Bront Palarae hasil impak yang ditinggalkannya menerusi Belukar. Pelakon tinggi lampai yang dikira sempurna pakejnya itu berada di kedudukan yang tepat pada malam FFM23. Begitu juga dengan Lisa Surihani yang menang Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan. Secara pukul rata, Lisa boleh dikatakan cukup bertuah. Walaupun muncul hanya untuk sebahagian dari keseluruhan cerita dan sebahagian lagi hanyalah lakonan suara, dia masih diberi penghargaan untuk aktres terbaik tahun ini.

Kepada barisan pemenang, terasa beban, penat-lelah serta idea-idea yang dicanai selama pembikinan telah terubat dengan sebuah anugerah. Perlu dinyatakan di sini, tidak semua anugerah yang menemui pemiliknya pada malam FFM23 baru-baru ini jatuh ke tangan pemilik yang layak.
Paling ketara, trofi Pengarah Terbaik yang memihak kepada Syamsul Yusof hasil sentuhanya menerusi Evolusi KL Drif 2.

Filem sekuel daripada Evolusi KL Drif itu hanya memenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi lakonan berkesan Shaheizy Sam serta satu lagi anugerah iaitu Penyunting Terbaik yang dikongsi bersama Syamsul sendiri bersama Hisyam Jupri. Itu sahaja markah yang mengangkat Syamsul untuk dijulang sebagai Pengarah Terbaik serta termuda sepanjang dua dekad penganjuran FFM di Malaysia.

Syamsul menewaskan empat lagi calon kategori berkenaan, Ahmad Idham menerusi Adnan Sempit, Jason Chong (Belukar), Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan) dan Mamat Khalid (Estet).

Bukan tidak layak seratus-peratus tetapi melihatkan pencapaian Evolusi KL Drift 2 (bukan dari segi jualan tiket, aksi perlumbaan dan membakar kereta) dari segi naratif serta kekuatan jalan ceritanya, filem itu belum layak sepenuhnya untuk menonjolkan Syamsul sebagai pengarah terbaik. Mungkin jika itu filem pertamanya, dia terlebih layak menerima anugerah Pengarah Harapan, malangnya tidak.

Itu semua berbalik kepada pencapaian filem berkenaan sendiri, dua anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik bukan asas yang cukup teguh untuk, jejaka yang baru setahun jagung dalam industri itu mencatat nama di barisan ulung pengarah terbaik sinema Malaysia.

Tidak selesai dengan kategori pengarah terbaik, persoalan kegagalan Estet karya Mamat Khalid dan ketiadaan pencalonan Mualaf sebuah filem terakhir sentuhan sutradara hebat, Yasmin Ahmad yang telah meninggalkan urusan duniawi juga tidak selesai menjadi perbahasan.

Memetik kata-kata Mamat Khalid dalam satu temu bual selepas FFM23 Ahad lalu, dia meluahkan kekesalan atas kegagalannya membuahkan kegembiraan khalayak yang menaruh harapan terhadap Estet: “Selama ini kita sering dilaung-laungkan untuk menghasilkan filem berkonsepkan kemalaysiaan. Tapi apabila saya buat filem seperti Estet, ia seolah-olah tidak memberi sebarang impak. Terus terang, bukan mudah untuk menghasilkan filem yang menyatukan dua bahasa dalam sebuah filem.”

“Saya buat semua ini kerana mahu menyahut cabaran itu. Bagaimanapun, hasrat itu nampaknya tidak kelihatan di mata juri. Apa salah filem saya sehingga ia diketepikan begitu saja? Saya akui, memang saya berjauh hati apabila Estet hanya layak untuk anugerah khas juri. Pada saya anugerah khas juri itu hanyalah pemberian atas dasar kasihan semata-mata. Kalau betul filem saya tak layak, tak perlu nak beri anugerah atas dasar kasihan. Saya tak memerlukannya.”

Luahan Mamat pasti dilihat cengeng oleh jawatankuasa anugerah serta barisan juri FFM tahun ini yang terdiri daripada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin selaku ketua juri, seterusnya Panshah, Dr. Naim Ahmad, Kamaruddin Abu dan Akmal Abdullah.

Melihat senarai juri sahaja, pasti ramai yang tidak terkata apa-apa. Ada pertanyaan-pertanyaan yang tidak terungkai dan ada juga persoalan-persoalan yang bermain di benak. Bukan juri sedia ada tidak layak tetapi soalnya ke mana perginya nama-nama orang-orang filem tulen seperti Adman Salleh, Othman Hafsham atau Hassan Abd Mutalib sekadar menyebutkan beberapa nama. Tidak layakkah mereka di kerusi juri. Atau kebimbangan untuk cenderung kepada mana-mana kroni menyebabkan handalan-handalan filem seperti itu tidak diketengahkan ke medan penjurian?

Itu semua antara yang menjadi persoalan yang terluah secara lantang hanya di kedai-kedai kopi, habis secangkir maka persoalan itu pun menerawang ke udara, tidak dipedulikan sesiapa. Sampai bilakah agaknya urat tegang yang bersirat di pangkal FFM akan terurai.

Kritikan dan pandangan sinis terhadap FFM tidak terbatas kepada percaturan penganugerahan sahaja. Pemilihan SACC bukan suatu masalah tetapi kecacatan susun-atur antara dewan anugerah dan ruang legar yang sempit menyukarkan urusan media bersama artis dan pengunjung. Ibarat pasar malam di bazar Ramadan, segala-galanya disumbat dalam satu ruang yang sendat.

Sedikit pesanan kepada penganjur, tolonglah pelajari kesilapan itu. Seiring tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia, seiringkan juga konsep dan persembahan majlisnya agar acara besar itu tak hilang prestij.

Noktah yang belum berakhir!

Monday, May 3, 2010

hati tersayat pilu

sungguh luluh dan lebur jiwa ini
tika embun jernih gugur dari kelopak wanita itu
dialah sang wanita pemilik rahim
tempat ku mula mencari hidup

aku tahu bukan sekali ini sahaja
malah ku kira tangismu sudah melimpah jadi laut
aku tandus kata untuk berperi tentang dikau
aku sangat sedih dan hati ini bagai disayat belati tumpul

Saturday, May 1, 2010

amarah lagi

ikutkan hati, hari-hari aku mahu mencatat seribu kata
bukan untuk suka-suka
tapi luahan dari mulut yang malas bicara
aku malas mahu mengungkit
tapi hukum harus bila aku bangkit amarah!

cukup, sambung lagi esok hari
noktah!

Friday, April 23, 2010

PCB: potongan cukai berjadual

borang BINATANG!
(manusia punya kerja, binatang yang kena maki)

hari ini aku terfikir
terfikir juga aku
betapa dungunya aku dan rakan-rakan sekerja selama ini
yang mengharap potongan cukai berjadual yang dijalankan syarikat kami
Utusan Melayu (M) Sdn Berhad itu telus dan jujur
tapi hari ini aku mula bengang

tadi aku bersama rakan sepejabat berkunjung sebagai pembayar cukai di LHDN
bertempat di tingkat 12 PGRM
aku mula mengisi borang akuan cukai secara online
teragak-agak itu harus kerana rutin begitu hanya dilalui sekali setahun

apa yang buat aku bengang bila masuk ke bahagian PCB a.k.a potongan cukai berjadual
terbeliak juga anak telinga bila tengok jumlah bayaran PCB 'kami' yang diistiharkan
rasanya setiap bulan paling sikit pun lebih RM100 yang ditolak dari jeruh-perihku setiap bulan
apa yang diistiharkan di borang EA sangat jauh daripada jangkaan
main kotor nampak
siapa yang main kotor LHDN atau Utusan Melayu
yang penting bukan aku

ingatkan aku seorang sahaja yang kena
jeling member (jess) punya borang EA lagilah lahanat
jumlahnya yang diistiharkan kurang daripada RM200
memang main tipu
padalah setiap bulan duit gaji kena potong
kononnya PCB
mangkuk hayung punya PCB

lepas tahun ini
aku ngan jess bertekad
akan semak jumlah PCB kami yang dipotong sepanjang tahun lepas
sama atau tidak dengan jumlah yang tertera pada borang EA
memang cinabeng punya majikan!
memang baru punya LHDN!

aku bengang
semangat mahu bekerja langsung menjunam ke longkang
rasa dipijak-pijak macam puntung rokok yang habis disedut aura tembakaunya

mari kawan-kawan
mari semak potongan PCB kamu semua
jangan percaya bulat-bulat pada borang EA
pembuat borang EA itu sesungguhnya BINATANG!!!!

Saturday, April 17, 2010

dia yang aku panggil cikgu

seingat aku, dia seorang guru yang bengkeng
bengkengnya sangat-sangatlah
hari-hari masuk ke kelas dengan wajah bengis
marah-marah itu sifatnya
dan rotan di tangan
sudah jadi aksesori wajib

aku bukan jenis yang nakal
tapi tabiat aku yang paling diingati kawan-kawan sekelas
aku suka tidur
tidur semasa cikgu mengajar
tidur semasa study
dan yang paling teruk
aku boleh tidur ketika menyalin nota-nota yang dibacakan cikgu di hadapan kelas
jari bukan main mencanak tulis
tapi tulisan hanya guna mata hati
lantas cakar ayam serta cacing-cacing tidak tentu arah sahaja yang berselerak di buku nota
lebih teruk, habis sampai ke tudung dan lengan baju jadi medan lorekan cakar ayamku

luculah
kelakar sampai pecah perut bila nostalgia zaman menuntut
kembali dikenangkan

zaman hadap mahu masuk universiti
sangat hadap
memang azab bila belajar dan harus ambil periksa untuk masuk 'U'

zaman tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut 95/96
zaman paling tension sebab hari-hari harus baca buku
harus faham dan hafal untuk jawapan STPM yang bentuknya: karang-karangan semuanya

zaman itu
aku dan rakan-rakan
aku dan buku-buku
aku dan guru-guru
itulah dunia seharian seorang 'aku'
tinggal di asrama desa yang hanya ada dua blok dipanggil 'dorm'
kami semua rapat dengan warden
dan seorang cikgu yang hidupnya umpama berumah di dalam sekolah

rejim latihan study dan kelas tambahan kelolaannya
memang macam kejam
kami disuruh belajar macam buruh indonesia di tapak pembinaan
tapi aku tahu niatnya hanya satu
mahu anak muridnya masuk U
itu cita-citanya

dipendekkan cerita
sekarang sudah hampir 15 tahun berlalu
dan dia yang aku panggil cikgu itu
masih gagah dengan semangat
nada dan helaan nafasnya masih serupa
cuma sedikit lelah
faktor usia barangkali

dia masih menjunjung hidup sebagai pendidik
untuk esok dan hari-hari sepanjang zaman

aku hargai jasanya
aku ingati pesannya
15 tahun lalu aku hilang suaranya
sekarang, aku bantah suara itu sepi!

kamu harus kuat cikgu!
kamu harus terus jadi pelita
dan kami semua sanggup jadi minyak dan sumbu-sumbu penyambung cahayamu
paling tidak, ketawamu harus bersambut!



suez
chan sow lin
4.58 petang

Thursday, April 15, 2010

aku kembali...jeng jeng jeng

salam alam maya
sangat lama aku tak updated blog sendiri
rasa sangat ketinggalan dalam arena menulis blog
jadi hari ini langkah pertama
langkah untuk hari ini aku kembali ke gelanggang
nota hari ini cuma secebis
masih banyak rasa yang tak kesampaian tertulis...