Saturday, April 17, 2010

dia yang aku panggil cikgu

seingat aku, dia seorang guru yang bengkeng
bengkengnya sangat-sangatlah
hari-hari masuk ke kelas dengan wajah bengis
marah-marah itu sifatnya
dan rotan di tangan
sudah jadi aksesori wajib

aku bukan jenis yang nakal
tapi tabiat aku yang paling diingati kawan-kawan sekelas
aku suka tidur
tidur semasa cikgu mengajar
tidur semasa study
dan yang paling teruk
aku boleh tidur ketika menyalin nota-nota yang dibacakan cikgu di hadapan kelas
jari bukan main mencanak tulis
tapi tulisan hanya guna mata hati
lantas cakar ayam serta cacing-cacing tidak tentu arah sahaja yang berselerak di buku nota
lebih teruk, habis sampai ke tudung dan lengan baju jadi medan lorekan cakar ayamku

luculah
kelakar sampai pecah perut bila nostalgia zaman menuntut
kembali dikenangkan

zaman hadap mahu masuk universiti
sangat hadap
memang azab bila belajar dan harus ambil periksa untuk masuk 'U'

zaman tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut 95/96
zaman paling tension sebab hari-hari harus baca buku
harus faham dan hafal untuk jawapan STPM yang bentuknya: karang-karangan semuanya

zaman itu
aku dan rakan-rakan
aku dan buku-buku
aku dan guru-guru
itulah dunia seharian seorang 'aku'
tinggal di asrama desa yang hanya ada dua blok dipanggil 'dorm'
kami semua rapat dengan warden
dan seorang cikgu yang hidupnya umpama berumah di dalam sekolah

rejim latihan study dan kelas tambahan kelolaannya
memang macam kejam
kami disuruh belajar macam buruh indonesia di tapak pembinaan
tapi aku tahu niatnya hanya satu
mahu anak muridnya masuk U
itu cita-citanya

dipendekkan cerita
sekarang sudah hampir 15 tahun berlalu
dan dia yang aku panggil cikgu itu
masih gagah dengan semangat
nada dan helaan nafasnya masih serupa
cuma sedikit lelah
faktor usia barangkali

dia masih menjunjung hidup sebagai pendidik
untuk esok dan hari-hari sepanjang zaman

aku hargai jasanya
aku ingati pesannya
15 tahun lalu aku hilang suaranya
sekarang, aku bantah suara itu sepi!

kamu harus kuat cikgu!
kamu harus terus jadi pelita
dan kami semua sanggup jadi minyak dan sumbu-sumbu penyambung cahayamu
paling tidak, ketawamu harus bersambut!



suez
chan sow lin
4.58 petang

No comments: