Monday, December 22, 2008

Isi hati tetap isi hati

Hari ini aku diulangkan lagi dengan satu hakikat
hakikat bahawa isi hatikan tetap harus jadi isi hati
bukan isi perut
atau isi buku
bukan isi surat
atau isi blog

untuk sahabatku yang dikecam kerana isi hatinya
aku tumpang simpati
aku kembali mencari pena dan kertas
buat gaya dulu-dulu

dulu-dulu cikguku kata
kalau api kemarahan sedang marak
catatkan sahaja ke atas kertas
tulis banyak-banyak
tulis guna pen merah
tulis besar-besar
kemudian bakar sampai jadi abu
ataupun buat kapal kertas
hanyutkan ke laut biru

aku pilih untuk buatkan kapal kertas
tapi laut tidak kutemui
aku cari longkang besar
kerana aku selalu cari longkang di belakang kelas
untuk menangis kalau aku sakit hati

dulu pernah juga aku tandas
(biasalah kalau ke tandaskan)
tapi ada masanya bukan untuk buang hajat
tapi ada masanya aku lepaskan rasa
gugurkan air mata kesal, marah atau benci
muntahkan segala-galanya
kemudian plushkan (aku tak tahu guna kata BM yang sesuai)
biar air yang membasuh saki-baki
hatiku yang parah
serta daki dan nanah yang membungkam di tekak

hari ini aku diulang lagi dengan satu hakikat
hakikat yang aku sendiri susah nak tangkap
aku cuma mengumpul kudrat untuk teruskan hidup yang azab
ini baru azab dunia...bukan azab akhirat

aku termenung
moralnya, aku kena kuat
saat ini, minit ini, jam ini
esok, lusa dan hari-hari yang akan datang selepas lusa
aku teringatkan dia...
aku mahu pulang!

2 comments:

Anonymous said...

apa perlu keluh kerna hidup ini amat mudah walau terkadang amat payah..gua link lu balik..tq..

divakampung said...

time kasih atas nasihat dan kerna dtg ke sini...